Wednesday, December 16, 2015

Bulan Rabiulawwal

0
     Dah 5 hari berada dalam bulan Rabiulawwal. Padanya terdapat sejarah besar bahawa Nabi yang kita sayangi dilahirkan dalam bulan Rabiulawwal. Walaupun ada beberapa pendapat yang lain namun, Rabiulawwal adalah pendapat yang paling masyur.

     Insan yang mulia itu pernah berjalan di atas muka bumi ini. Bumi menjadi mulia kerana baginda. Bahkan, kita juga menjadi mulia kerana menjadi umatnya. Tak terucap kata-kata terima kasih diatas segala usaha yang baginda lakukan.

     Kadang-kadang kita cemburu dengan golongan sahabat yang pernah hidup bersama baginda. Kehidupan mereka terpandu dengan jelas kerana Nabi berada di tengah-tengah mereka. Segala kemusykilan, ditanya terus. Segala perbuatan, ditiru secara langsung. Contoh dan teladan yang baik berada di hadapan mata.

     Tapi kita tidak tahu apakah yang akan berlaku kepada kita jika benar kita hidup pada zaman baginda. Boleh jadi kita menolak kerana mengikut arus semasa orang-orang Mekah ketika itu. Boleh jadi juga, kita lebih percaya kepada golongan munafik yang pandai bermuka-muka di Madinah ketika itu. Syukurlah kita dapat kenali baginda dari peningalan hadisnya. Moga kita dikumpulkan bersama baginda nanti, Insya Allah.

Gambar dari Free Islamic Calligraphy

Thursday, December 3, 2015

Hujung Minggu Lepas

0
     Ini cerita hujung minggu lepas. Baru nak update sikit hari nie sebabnya dalam dok menulis journal paper, tetiba ilham tak sampai. Paksa punya paksa, dapat la jugak sikit tapi 2 baris sahaja. Itupun dah setengah jam punya paksa. Jadinya, baik la stop sekejap. Buat benda lain dahulu dengan harapan dapat la balik ilham selepas nie.

     Ceritanya berkenaan dengan progress PhD aku nie. Prototype mesin dah nak siap. Kalau ikutkan jadual, sepatutnya dah boleh buat trial pun. Makanya, habis la segala supervisor, co-supervisor, sorang bekas student PhD dari Zimbabwe dan visiting lecturer dari Iran datang melawat mesin prototype aku.

     Kelam-kelibut la dibuatnya kerana yang datang pun bukan calang-calang orang. Kemudian pulak siap bawak spesimen lagi untuk run trial kat mesin aku tuh. Tapi nak dijadikan cerita, ada pulak technical faulty time tuh. Alamak, mesin terus takleh nak automated. Terpinga-pinga la aku menjawab semua soalan yang dilontarkan. Baru la padan muka rasanya. Aduyai.

Prototype dulu. Mana boleh sekali buat terus perfect

Orang lain pun dah balik.

     Disebabkan itu, aku janji nak selesaikan semua masalah hari yang sama. Hari Isnin la tuh. Padahal sepanjang malam tuh driving dari Kulim ke UPM untuk trial run mesin hari Isnin pagi. Bila dah berjanji nak siapkan jugak, makanya terpaksa la aku tangguh niat nak tidur. Walhal, aku punya mengantuk memang tak ingat-ingat. Tapi nak buat macam mana, esoknya aku kerja dan perlu berada di Kulim. Nak tak nak, kena siapkan jugak hari Isnin nie. Kalau tak, ntah bila pulak lagi nak turun ke UPM. Dah la jauh. Maka, bekerjalah aku dengan sekueknyo menyiapkan apo yang patut. Sebab dah janji nak kasik video dan gambar bila trial dah jalan.

     Sekali tengok-tengok sampai ke tengah malam Isnin tuh baru dapat jalan mesin. Malam tuh jugak amik video, buat trial run, amik gambar, compile report dan send ke email Prof Madya-Prof Madya nie. Daripada tengah malam, melarat ke jam 1.00 pagi hari Selasa, Aku cuma sempat tido setengah ja sahaja. Tapi sebab kejar masa, maka pukul 1.00 pagit tuh jugak bertolak dari UPM ke Kulim. Bertolak naik kereta sendiri drive sorang-sorang pukul selepas tak tidur satu hari. Sepanjang perjalanan tuh, punya la luas mulut menguap toksah cakap la. Habis gaya dah sebab nak lawan mengantuk. Air pun, punyalah banyak minum air nak bagi hilang mengantuk sampai kembung perut rasanya.

     Akhirnya sampai Kulim jam 7.00 pagi. Setelah berhenti beberapa kali sepanjang perjalanan tuh. Bila sampai rumah, terus pegi mand. Kemudian, sarapan dengan isteri tercinta sekejap, lepas tuh terus masuk kerja. Subhanallah...rasa macam zombie sepanjang hari tuh. Subhanallah...

     Tak tahulah berapa kali lagi akan terjadi perkara yang sama. Bila la nak grad nie.....?? Aduyai

   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...