Monday, February 29, 2016

Muhaddith muda

0


     Saja nak masukkan clip dari YouTube bagi entry kali nie. Ada sebuah pertandingan para penghafal hadis. Tak tahulah di mana atau bila. Asalnya pun, aku tahu melalui video yang viral dalam whatapps. Subhanallah, sungguh sangat hebat adik Jihad bin Mut'ib bin Isa Al-Maliki. Sejujurnya, aku takut bila mengenangkan kedudukan aku di akhirat kelak apabila dibandingkan dengan adik Jihad. Video nie akan aku simpan supaya jadi tanda ingatan untuk aku agar aku sedarkan diri sedikit. Agar tunduk dan tidak sombong.

https://www.youtube.com/watch?v=c2VEzyFiKSY
https://i.ytimg.com/vi/riiqZ3IxrUM/maxresdefault.jpg

Monday, February 22, 2016

Selamat Hari Lahir Hazwan

0
     Jarang-jarang sekali aku update pasal hari lahir anak-anak nie. Mungkin sebab bila sampai harijadi sapa-sapa dalam family, kami cuma makan-makan kat luar sahaja kot. Bila dah keluar tuh, paham-paham ja la. Susah sikit nak bawak camera berbagai.

     Tapi kali nie update sikit pasal harijadi Hazwan. Asalnya, wife aku cuma nak buatkan kek chocolate moist saja untuk sebagai majlis ala kadar antara kami anak-beranak. Entah kenapa Hazwan pulak tiba-tiba ringan mulut dok ajak kawan-kawan dia semua datang rumah. Dah menggelabah pulak wife aku nak kena prepare barang makanan untuk orang datang. Mujur jugak malam tuh ada pegi shopping sket kat, kalau tak...jamu air sejuk dengan biskut saja la.

     Daripada nak buat kek sahaja, wife aku masak bihun goreng, nugget, keropok, potong buah, buat air oren dan entah apa-apa lagi yang dihidangkan. Tepat pukul 6 petang, kawan-kawan Hadi, Hazwan dan Hafiz pakat-pakat datang semua ke rumah. Bermula la episod melayan tetamu dari kami tuan rumah.

    Hadi tukang layan bahagian entertainment. Habis dibukaknya YouTube dengan movie kat TV. Hazwan pulak dok memanggil orang datang rumah. Pandai pulak dia tukar baju sebab nak bagi elok sikit katanya. Hafiz.....well Hafiz nie memang lejen. Dia tukang amik attendance plak. Habis semua orang kena lapor diri kat Hafiz. Apa punya kaedah la Hafiz nie. Husaini pulak, dia tukang makan sama naik dengan tetamu. Dhiya tido. Letih sangat agaknya. Kemudian Haziq, being the smallest person in the group, dia dok kacau semua orang yang datang makan. Tapi Haziq la yang nampak happy sekali sebab ramai orang datang rumah.

Hafiz amik attendance.

 Hazwan dan kawan-kawannya

Potong kek sket

 Semua dah tak sabar nak makan dah

Bismillah...

Haziq dah makin ligat dah

Tak sempat nak snap gambar, dia dah sampai dulu

Haziq tunjuk skill baru dia. Dah boleh berdiri

Tak habis-habis ngan attendance dia tuh. Heheheh

Entertainment manager tengah layan kawan-kawan dia tengok movie

Haziq sorang ja ada eye contact ngan camera. Hehehehe

     Majlis selesai dalam masa sejam lebih sahaja apabila hari menjelang senja. Rasanya, wife aku bangga sebab habis bihun goreng dan kek dia kena makan dengan tetamu yang hadir. Bihun goreng siap kena kikis lagi dari bekas hidang. Kembang sekejap wife aku...Hehehehe..

     Selamat Hari Lahir yang ke-9 Hazwan. Moga kejayaan menjadi milikmu di dunia dan akhirat sana. Amin.

Tuesday, February 16, 2016

Besi Sudah Cabut

4

     Gambar besi dalam bahu sebelum operation. Dah setahun lebih aku simpan besi nie kat atas bahu tuh. Siap ada 5 paku lagi. Kini, sudah tiba masanya aku nak keluarkan balik besi nie. Jeng..jeng...jeng..

     Sebenarnya, tak payah keluarkan pun tak apa. Tak jadi masalah pun pada masa hadapan (kalau ikut kepada nasihat Dr la). Tapi, setahun yang lalu aku ada ajukan soalan kepada Dr yang masukkan besi nie ke bahu aku. Aku tanya, apa explaination Dr tentang cakap-cakap orang yang ada besi dalam badan, kemudian dia rasa sakit waktu sejuk. Rasa sakit waktu kilat dan sebagainya. Dr cakap, itu biasa terjadi kat orang tua. Kat orang muda tak rasa apa-apa punya. So, kalau awak nak buang besi tuh, baik buang waktu muda.

     Itulah pesan Dr yang masukkan besi dalam bahu aku. Logiknya, memang ada kebenaran dari kenyataan dia. Bila muda memang kita boleh tahan lagi, tapi bila tua...badan akan jadi lemah. Semuanya akan mula terasa nanti. 

     Alasan yang kedua pulak, aku nie kurus sangat. Kat tulang klavikel tuh, memang kulit dan tulang sahaja. Takdak daging pun. So, bila ada besi yang agak protruding kat bahu tuh, nampak obvious. Aku pun perasan bila besi tuh bergesel dengan kulit waktu anak-anak nak dukung dari belakang, memand ada rasa pedih pada bahu especially kat kawasan besi tu. 

     Itulah sebabnya berani kan diri untuk operation nie. Belasah ja laa..
   
 
     Alhamdulillah, besi dah keluar. Besar jugak rupanya besi tuh. Ingat kecik ja. So sekarang nie, masih lagi dalam recovery period. 4 hari ja recovery. Sudahnya, aku bawak family aku pegi ke Langkawi. Kebetulan ada conference kat sana, belasah ja la. Sakit ka tak sakit ka, janji tak tercabut bahu sudah..

Monday, February 15, 2016

Selamat Penganti Baru Cik Din

0
     Raya Cina tahun nie, kami sekeluarga bercuti selama 9 hari la jugak. Mengalahkan Cina yang beraya. Bukan apa pun, sebabnya kami membantu dalam memeriahkan majlis perkahwinan Cik Din, adik kepada wife aku.

     Cik Din nie kahwin dengan orang Jerteh jugak. Makanya majlis di kedua-dua rumah berlaku dalam masa 3 hari sahaja. Letih la sikit sebab banyak persediaan perlu dibuat dalam masa yang singkat.

     Nak mintak jadi official photographer memang tak boleh la. Sapa nak tolong angkat lauk-pauk untuk kenduri nanti? So, takdak la planning apa-apa pun untuk story line ka, conceptual shot ka atau apa-apa sahaja. Tapi nak dijadikan cerita, ada la plak request untuk buat sessi outdoor dengan pengantin. Beriyalah sangat masuk ke dalam hutan pokok rhu untuk shot yang agak best sket. Baru snap tak sampai 30 gambar, tetiba bateri camera pun habis. Hahahahah.....Charger camera plak tak bawak sebab tak plan pun nak jadi photographer. Nasib baik la outdoor kat hutan, kalau kat bangunan tinggi...rasanya ada yang masuk paper sebab frust terjun bangunan kot. Hehehehe.. Sian Cik Din. Mujurlah ada 2-3 shots yang ok. Penat jugaklah nak edit. Disebabkan rasa bersalah, aku berjanji pada diri sendiri untuk repeat balik outdoor session ngan Cik Din dalam masa terdekat nie. InsyaAllah.

Lupa dah setting untuk outdoor..

     Tapi apa-apa hal pun, cuti panjang gak yang best. Bawak anak-anak main pantai. Walhal ombak punyalah kuat. Bendera merah pun dah naik kat pantai tak kasik orang turun mandi. Belasah jer la. Bukan nak berenang sangat pun. Nak basuh-basuh kaki ja...Heheheh..

Glamer sangatlah dengan selpiaq sekarang nie

Muka terbaru Haziq. Dah pandai berdiri tapi tak pandai tatih lagi..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...