Friday, October 27, 2017

Nothing Much (34)

0

Thursday, October 26, 2017

Bandar Springhill yang diingati

0
     Aku ingat lagi yang kami sekeluarga asalnya menyewa sahaja di Bandar Springhill, Port Dickson nie. Mula menyewa sekitar penghujung tahun 2004 kami akhirnya membeli sebuah rumah baru berdekatan dengan rumah sewa kami tuh. Dalam penghujung tahun 2005, kami pun pindah ke rumah baru. Ingat lagi bapak mertua datang tolong cuci rumah dan macam-macam lagi sewaktu nak pindah tuh. Ibu mertua pun datang tolong buatkan kenduri house-warming. Ipar-duai pun datang untuk support.

     Memang tertulis agaknya rezeki anak sulung kami apabila malam kenduri house-warming tuh dan orang pun dah penuh rumah, tetiba tuh wife aku terpaksa dikejarkan ke hospital sebab bersalin anak sulung. Syukur dan gembira rasanya waktu tuh. Rumah baru, kejiranan pun ramah, adik-beradik pun ramai yang datang, dapat pulak cahaya mata. Subhanallah, tak terucap rasanya syukur kepada Maha Pencipta. Sungguh Dia Maha Pemurah.

     Itulah permulaan kisah bahagia kami di Port Dickson yang bermula tahun 2004 sehinggalah tahun 2015. Selama 11 tahun membina kejiranan Bandar Springhill yang kebanyakkannya terdiri dari orang-orang merantau. Hanya beberapa kerat sahaja yang cakap nogori. Sebab tuh sampai sekarang pun aku tak pandai cakap nogori. Tapi Bandar Springhill memang best. Mudah betul rasanya untuk berkerjasama dengan kejiranan di sana. Sehinggakan terasa jugak sedih bila kami berpindah pada tahun 2015.

     Bebaru nie kami ke Port Dickson atas urusan kerja wife. Mungkin sebab nama Port Dickson tuh menyebabkan kami sekeluarga teruja untuk pergi beramai-ramai. Kalau lain dari Port Dickson, mungkin lain pulak responnya. Yang sekolah, ponteng sekolah. Yang taska, tak pegi taska. Yang bekerja, amik jugak cuti berhari-hari. Sempat la jugak kami melawat kawan-kawan di Springhill. Alhamdulillah, Allah tunaikan hajat untuk kami bersolat jemaah di Surau Bandar Springhill. Tapi wajah Bandar Springhill dah lain.

     Ada diantara wajah-wajah yang aku kenal telah kembali ke rahmatullah. Yang masih tinggal pulak, semakin merosot kesihatannya. Yang masih menghadiri surau dari wajah yang aku kenal, dah mula ada jemaah yang bersolat di atas kerusi. Sedih pulak bila terkenangkan zaman-zaman nak naik dulu. Kalau dulu, ada sahaja jemaah bersidai di beranda surau sementara menunggu Isya'. Entah kenapa kali ini macam takdak orang pulak. Ada jemaah, tapi jemaah yang aku tak kenal. Orang-orang yang baru pindah agaknya.  Dari khabar-khabar orang, ada beberapa pulak penduduk Bandar Springhill yang tak sihat dan berada di Hospital atau sakit di rumah. Betapa masa merubah banyak perkara.

     Itulah Bandar Springhill yang kami pernah kenal satu ketika dahulu. Hari ini ia menjadi maju dalam wajah yang lain. Teringat kata-kata bos aku waktu kat Lotus dulu, seorang Scottish. It's not solely about the place, but people that actually make the place. Benarlah kata-kata dia tuh. Memang Bandar Springhill dan Lukut tuh takdak apa yang special sangat pun, tapi orang-orang yang ada di sana yang akhirnya membuatkan tempat-tempat tersebut istimewa.

     Terima kasih Bandar Springhill. Terima kasih jugak kepada penduduk-penduduknya.

     Antara kegiatan penduduk di Bandar Springhill untuk membangunkan generasi muda







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...