Dah seminggu Faisal Tehrani (FT) tak update blog dia. Kebiasaan, dia akan update blog dia setiap hari. Kadang-kadang, sampai tiga kali satu hari.
Tapi dalam posting dia yang terakhir, dia ada bagitau yang dia takkan update blog dia lagi. Tak pulak dia sebutkan kenapa, cuma tiba-tiba sahaja dia declare nak berenti blogging. Too bad because he's a good writer and I always enjoy his entry. Furthermore, taking information from somebody like him make me learn new things everytime I came accross his blog. Not many bloggers has such a unique topics like FT. Most of Malaysian public figure will only talk about politics in their blog and nothing more. FT offers something different from ordinary.
Aku nak kongsi satu hadis yang sangat masyur yang Nabi Muhammad SAW nukilkan sewaktu peristiwa hijrah umat Islam yang pertama
Diriwayatkan dari Amir al-Mukminin (pemimpin kaum beriman) Abu Hafsh Umar bin al-Khattab radhiyallahu’anhu beliau mengatakan : Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya setiap amalan harus disertai dengan niat. Setiap orang hanya akan mendapatkan balasan tergantung pada niatnya. Barangsiapa yang hijrah karena cinta kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya akan sampai kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya karena menginginkan perkara dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya (hanya) mendapatkan apa yang dia inginkan.” (HR. Bukhari [Kitab Bad'i al-Wahyi, hadits no. 1, Kitab al-Aiman wa an-Nudzur, hadits no. 6689] dan Muslim [Kitab al-Imarah, hadits no. 1907]).
Setiap amalan beserta dengan niat. Tempat duduk niat nie dalam hati. Sebab tuh tidak dikira apa yang kita lafaz melainkan hatilah jua tempat berlakunya niat.
Ada orang tulis blog dengan niat suka-suka, ada yang nak buat duit. Tak kurang jugak yang nak berpolitik dan jadi jaguh. Bermacam-macam niat orang yang hanya Allah sahaja tahu. Tapi, dalam banyak-banyak niat..niat kerana Allah Ta'ala jugalah yang lebih utama. Selain dari itu, semuanya menjadi sia-sia belaka. Sia-sia kerana takdak pahala yang boleh kita generate dari amalan kita ber'blogging'. Sia-sia kerana membuang masa begitu sahaja kerana "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian". Rugi sebab melakukan amalan dengan niat selain dari Allah Ta'ala. Nie kira muhasabah untuk diri aku sendiri jugak.
Blog Faisal Tehrani lain sikit. Setelah lama mengikutinya, aku dapat rasakan yang dia berhajat untuk menyatukan dua fahaman yang telah lama bermusuhan. Dia cuba menyatukan Syiah dan Sunni yang telah mengalami salah faham berabad lamanya. Dia berusaha memberi penerangan dan penjelasan berkenaan fahaman Syiah yang rata-rata masyarakat Malaysia mengklasifikasikan mereka sebagai sesat. Sungguh, satu perjuangan yang aku rasakan sangat murni dan aku merasakan dia patut diberi pujian untuk usaha itu.
Sekarang, Faisal Tehrani sudah tak update lagi blog dia. Nak dijadikan cerita, blog dia jugak dah tak boleh lagi nak access. Kena block. Tak tahulah kenapa. Mungkin pemimpin-pemimpin kita melakukan demikian kerana kemaslahatan umum. Semoga kebenaran mengatasi kebatilan seperti cahaya matahari menyuluh alam dari kegelapan.
Saturday, April 23, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 Response to Blog yang bermanfaat
Saya juga sudah lama mengikuti blog Dr.Faisal.Patutlah rupanya kena block.Sedih.
Post a Comment