Tuesday, January 1, 2013

Bercinta dengan Incoming Quality

1
     Dah masuk tahun baru 2013. Rasa macam baru semalam ja tahun 2003. Cepat sungguh masa berlalu tanpa kita sedari pun. Begitulah hakikatnya di akhirat kelak. Waktu tuh, baru kita terasa bahawa hayat kita di dunia nie sangat singkat sekali. Hampir tidak significant pun.... Tazkirah untuk diri aku sendiri.

     Dah masuk 2 bulan aku bekerja di bahagian Incoming Quality kat Proton, Shah Alam. Rasa seperti lemas pun ada. Selama 2 bulan nie, aku berasa depress (rasanya, inilah ayat yang paling tepat setakat nie) setiap hari secara konsisten. Aku pun tak tahu apa sebenarnya yang menyebabkan aku terasa depress. Lama jugak aku renung-renung dalam diri aku tapi tak jumpa-jumpa jugak jawapannya. 

     Aku sangat minat buat kerja-kerja design dan graphic. Memang sejak dari awal hubungan aku dengan Lotus Engineering Malaysia, aku secara konsisten tak pernah apply position lain selain untuk menjadi Design Engineer. Permulaan kerja aku di Lotus Engineering Malaysia adalah sebagai intern dalam satu program intership. Dalam program ini, aku ditempatkan ke beberapa department selama beberapa bulan untuk memberikan pendedahan terperinci tentang kerja. Quality department adalah salah satu tempat job rotation tersebut. 

     Akhirnya, aku ditempatkan dalam Cost Engineering Department, bahagian electrical. Aku kurang bersetuju dan selama 2 tahun, aku berusaha dengan pelbagai cara untuk masuk ke bahagian design juga. Tapi, kesimpulan yang aku dapat ialah...selagi aku dalam company yang sama, aku takkan dapat apa yang aku hendak.

     So, aku berhenti dan bekerja dengan syarikat lain yang dapat memberikan jawatan yang aku kehendaki. Alhamdulillah, aku gembira dan aku sangat bersemangat untuk bekerja dan menambahkan lagi ilmu yang ada. Kemuncaknya, aku ditawarkan semula bekerja di Lotus Engineering Malaysia sebagai Design Engineer. Lega.

     Hari ini, aku dipilih kembali untuk mewarnai dunia quality. Aku ada berusaha untuk masuk semula ke bahagian Engineering Design, tapi disekat oleh bos quality. Seolah-olah dejavu pulak apabila permintaan aku dilayan seperti sebijik bola. Kawan aku gelakkan aku. Dia cakap, aku nie umpama toyol takdak tuan. Suruh buat kerja quality tapi tak sudi, nak pindah department tapi tak bagi. Apa la punya bidalan yang dia pakai pun aku tak tahu.

     Dua bulan nie, jasad aku berada dalam pejabat tapi jiwa aku tak tahu ke mana. Rasa kosong. Macam yang aku cakap tadi, aku tak jumpa sebab kenapa aku boleh jadi macam nie. Puas merenung dalam diri tapi tak jumpa jawapan. Masalahnya, rasa depress nie menggangu perkara-perkara yang lain dalam hidup. Itu yang tak tahan tuh.

     Disebabkan aku masih mencari-cari sebab yang tak jumpa tuh, aku suka layan kayuh basikal sampai letih. Kalau ada kawan-kawan ajak main basikal kat mana-mana kawasan off-road, lagilah aku suka. Aku rasa, ini antara terapi yang baik untuk aku. At least, aku tak buat menda yang merapu-rapu.

     Minggu lepas, layan Putrajaya Challenge Park dengan kawan-kawan. Dengan confident nya, aku bawak DSLR aku untuk tangkap gambar action. Tanpa aku duga, jalan yang kami lalu memang sangat mencabar. Mujur la tak pecah camera aku.
  
Gambar kat puncak. 

Mengadap PICC.

Rewarding scenery

Silap negotiate corner, sampai bengkok tayar sebab jatuh

     Track PCP tuh cuma 5km sahaja tapi disebabkan laluannya sangat technical untuk basikal, keletihan yang kami alami pun seolah-olah 5 kali ganda letih dari berbasikal di jalan biasa. Tapi overall, memang track tuh sangat best off-road. Respect.

     Satu lagi cara untuk aku manage depress aku, aku melayan family aku. Sama ja letihnya layan family dengan layan off-road tapi at least, kami ada masa bersama. Lepas abah layan off-road kat PCP, bawak la pulak  family pi jalan kat alamanda. Kiranya, dalam satu hari...aku kena pi Putrajaya sebanyak dua kali laa, Bagus sungguh aku ini. Hehehehe..

Main kat kolam sementara tunggu mama sembahayang

Amenda la dipikirkan Hazwan tuh

Bi..!! Bo..!! Ba..!!...itulah moto Husaini dua tiga menjak nie.

Mama dah sampai...

Hafiz kat belakang.

     Ntah laa..takdak apa conclusion pun yang boleh diambil dari entry kali nie. Aku sekadar menulis sebab aku ingin menulis. Semoga aku tergolong daripada golongan orang yang paling pandai bersabar...amin.. 

1 Response to Bercinta dengan Incoming Quality

aie
January 8, 2013 at 9:20 AM

Onn...
bunyi mcm 'layu' saja bila bercakap ttg kerja.. sabor je laa.. anyway, cycling it a good escape and healthy sport.. keep it up.. as for me, selling carpet is much more fun. kuang! kuang! kuang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...