Thursday, May 9, 2013

Hari-hari selebihnya di negeri yang aman.

0


Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka".

Al Baqarah, ayat 126

     Sungguh...memang Mekah ini sebuah tempat yang aman. Padahal kalau kita fikirkan semula, kebanyakkan negara arab yang berada disekeliling Arab Saudi sentiasa mengalami pergolakkan. Allah SWT telah memakbulkan doa Nabi Ibrahim AS.

     Dah 3 minggu aku berada kat Malaysia. Ditambah pulak dengan peristiwa bersejarah hitam yang berlaku pada Malaysia baru-baru ini. Pilihanraya yang boleh disifatkan sebagai tidak adil dan tiada intergriti sepanjang penubuhan Malaysia. Rata-rata rakyat Malaysia masih lagi bercakap pasal pilihanraya dan parti masing-masing. Tapi, syukur Alhamdulillah bagi aku dan isteri. Kami bagaikan tak terkesan pun dengan suasana ini. Hati masih lagi teringat negeri Mekah yang pernah kami lawati dahulu. Rindu sahaja rasanya. InsyaAllah, dengan izin-Nya, kami akan pergi lagi ke sana lagi.

     Hari ini sekadar nak upload gambar-gambar sepanjang berada di Mekah. Gambar-gambar ini bakal jadi kenang-kenangan dan pengubat rindu untuk diri ini. Dulu-dulu, bila orang yang baru balik dari Mekah bercakap soal rindu kat Kaabah, aku sekadar mengangguk sahaja demi meraikan perbualan namun, tanpa ada apa-apa perasaan dalam hati. Hari ini, aku jadi mengerti akan maksudnya kerana aku sendiri pernah berada di sana. Syukurlah, aku dan isteri pernah dijemput menjadi tetamu di rumah-Nya. Syukurlah....


Kaabah yang kini berlatarbelakangkan contruction area.

Gambar wife berlatarbelakangkan Tower Clock

Nie tengah mendaki Jabal Rahmah. Tempat pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa.

Puncak Jabal Rahmah. Aku sorang sahaja yang naik. Wife tak larat.

Tengok dari gambar2 dalam Facebook memang nampak tak significant pun menara jam nie. Tapi bila dah sampai sana, pendapat aku jadi berubah. Sepatutnya, menara yang seumpama ini dibina awal lagi beberapa tahun dahulu. Hotel yang tumbuh tinggi melangit lebih cantik dan kemas berbanding hotel yang bersepah dan berselerak di sekeliling Masjidil Haram. 

Nie kat Masjid Hudaibuyah. Berenti beli kacang dahulu sebelum niat pakai ihram.

Senang sahaja nak cari orang Malaysia kat Mekah nie. Boleh dikatakan, kat mana-mana pun ada.

Beli jangan tak beli.

Kami melawat Arab Badwi yang menjadi pengembala unta ditengah-tengah padang pasir yang panas.
Tengok muka wife, sama tak?

Nie orang Melayu, bukan Arab Badwi.

Posing ngan unta

Camel milk fresh from the source. Memang lemak dan berkrim betul susu unta. Takdak bau hamis macam susu lembu. 

Satu lagi shot special dari Arab Badwi tuh.

Sebotol susu unta cuma 5 Riyal sahaja. Kecik sikit 
dari botol air mineral PLUS yang beli kat Petronas.

Nie permandangan Masjidil Haram dari luar. Memang projek naik taraf masjid sedang giat dijalankan. Rasa-rasanya, kalau tak siap juga waktu musim haji tahun nie, boleh kelam-kabut jugak jemaah haji nanti.

 Nie gambar sewaktu orang keluar dari Masjidil Haram seusai solat Zohor. Memang ramai sungguh orang kat sana. Kalau difikirkan balik, memang patutlah Arab Saudi tak nak susah-susah buat R&D untuk develop kereta ataupun kapalterbang sendiri. Ataupun mana-mana industri sekali pun. Sebabnya, petroleum sahaja dah menyumbang kepada kekayaan negara. Tambah pulak lagi dengan bilangan jemaah yang akan masuk ke Arab Saudi saban waktu. Ekonomi Arab Saudi memang kukuh secara automatik. Cuma perlu uruskan sahaja.

Gambar dari dalam Masjidil Haram yang berlatarbelakangkan tower crane. Kita sedang menatap kawasan sa'ie dalam gambar tuh. Bukit Safa dan Marwah dah tak nampak sangat dah. Semuanya berada dalam bangunan sekarang.

     Kemudian, setelah beberapa hari kami di sana, tibalah masanya untuk pulang ke tanah air. Berat sungguh rasa hati nak meninggalkan tempat ini. Berbagai-bagai doa dah pun dibaca dan dipohon selama berada di Kota Mekah. Semoga Allah makbulkanlah doa-doa tersebut. InsyaAllah.

Posing istimewa kami berdua di hadapan masjid terapung. Laut yang dalam gambar nie adalah Laut Merah. Laut yang dibelah oleh Nabi Musa dengan menggunakan tongkat baginda.

Dah nak masuk senja.

Cantik sungguh masjid terapung. Tetapi, sebagaimana kebanyakkan masjid kat Malaysia, begitulah jugak nasib masjid-masjid yang berada di luar dari kota Mekah. Besar dan cantik namun kosong dan sepi.

 Gambar si botak di depan Kaabah.

Sembahyang Subuh di bumbung Masjid.

Heheehe...mana pegi polis pun aku tatau.

Hati-hati manusia mencintai tempat ini. Semuanya berebut-rebut nak buat apa yang Nabi Muhammad SAW buat. Iniah kejayaan sebenarnya. Kejayaan yang abadi.

No Response to "Hari-hari selebihnya di negeri yang aman."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...