Thursday, May 5, 2011

Berkongsi kesedihan

1
Posting sebelum nie aku asyik menceritakan pengalaman kami mandi-manda di Air Tejun Ulu Bendul pada hari Isnin bebaru nie. Tak sangka pulak pada hari Selasa ada kejadian yang melibatkan kematian pulak di tempat yang sama. Sedihnya bila dengar yang meninggal semuanya budak-budak belaka. Kebetulan pulak yang meninggal tuh 3 orang. Umur pun 2 tahun, 4 tahun dan 5 tahun. Semuanya baya-baya anak kami jugak. Cuma jantina ja yang lain. MasyaAllah, ngeri sungguh bila dengar kisah macam tuh. Tak taulah apa yang akan berlaku kalau aku yang diuji sampai macam tuh. 

Sesungguhnya, anak-anak itu berada ditempat yang baik sekali disisi Allah Ta'ala. Ini kerana anak-anak kecil tuh tak ada dosa langsung. Lalu, di manakah tempatnya untuk seorang hamba Allah yang tidak ada dosa melainkan di syurga jugalah tempatnya. Semoga kedua ibubapanya redha akan pemergian anak-anaknya.

Petikan dari Harian Metro

1 Response to Berkongsi kesedihan

May 9, 2011 at 1:22 AM

itulah kisahnya....semua orang ada bahagian masing-masing. setuju la dengan cakap hang..memang dunia nie pinjam-pinjaman sahaja. Takdak yang kekal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...