Monday, June 27, 2011

Kejap jadi, kejap tak jadi..

5
Dari tempat kerja terus ke LCCT cari flight ke Kota Bharu. Sehelai sepinggang..Camera tak bawak, baju tak bawak..apa pun tak bawak. So, entry kali nie cuma dapat memuatkan gambar dari handset sahaja.

Dalam perjalanan dari airport Kota Bharu ke Besut, aku bercadang untuk terus bawak wife aku ke Hospital sesampainya aku kat rumah nanti. Tapi, siri kejadian yang seterusnya harus di tulis secara berperingkat-peringkat supaya aku tak melalut dalam blog nie.

Petukaran plan 1 :-
Sesampai saja kat rumah, aku tengok wife aku macam steady ja. Tak nampak macam orang dah tumpah darah pun. Boleh naik turun tangga...kejap ke atas kejap ke dapur. Pelik pulak aku. Bila aku tanya sakit ke tidak, dia cakap pagi tadi sakit la. Sekarang tak sakit dah.

Maka, rancangan untuk ke Hospital dengan segera terpaksa ditangguhkan. Kemudian bila sampai waktu lebih kurang pukul 10 malam tuh, wife aku mengadu ada rasa macam contraction sikit. Contraction datang setiap 15 minit tapi sakit tuh masih lagi boleh ditahan-tahan. Aku cakap, kalau boleh tahan sakit..ada baiknya kita pergi ke Hospital esok pagi sahaja. Pegi malam-malam pun, doktor takda kat hospital. Wife aku bersetuju.

Pertukaran plan 2 :-
Selepas sahaja mandi jam 8.30pagi hari Rabu, wife aku cakap dia dah tak sakit perut lagi dah. Siap aku tengok wife aku boleh bergurau-senda lagi dengan anak-anak aku. Aku tanya kat wife aku, apsal yang boleh kejap sakit, kejap tak sakit nie. Dia cakap, dia sendiri pun taktau. Pelik...

Disebabkan kami dah decide nak pergi jugak hospital pagi tuh, kami pun memacu kereta dengan gaya makan angin sebab takdak pressure. On the way tuh, terjumpa satu klinik sakit puan kat tepi jalan. Kami bercadang singgah dahulu sekadar untuk memastikan adakah benar contraction wife aku nie disebabkan nak bersalin atau sebab menda lain.

Daripada pemerhatian doktor menggunakan scanner yang high end sikit, dapat dilihat yang tali pusat membelit leher baby dengan agak kuat. Itulah sebabnya simptom kejap sakit dan kejap tak sakit boleh berlaku. Human body react naturally to avoid the baby from being drowned. Sebab tu la baby tak nak engage lagi. Bila check, jalan dah bukak 1cm. Doktor suggest suruh operate sebab taknak ambil risiko apa-apa. Hospital Jerteh takdak keupayaan untuk melakukan pembedahan. Jadi kami pun berangkat ke KPJ Kota Bharu dengan harapan untuk mendapatkan penyelesaian untuk masalah kami.

Pertukaran plan 3 :-
Sesampai di KPJ, kami diberi penerangan tentang jumlah bayaran untuk pembedahan. "Dalam RM6000 dan ke atas encik". Aku menelan air liur sebanyak 6 kali sebelum aku dapat bersuara kembali. Berat hati aku nak cakap kat isteri aku tapi aku terpaksa jugak cakap. "Dear, RM6000 tuh banyak sangat la...kita ke HUSM boleh tak..??"

Mujur wife aku bersetuju. Alhamdulillah..

Pertukaran plan 4 :-
Ada 3 orang doktor yang memberikan pendapat dalam kes wife aku nie. Ketiga-tiga pendapat diorang tak sama antara satu sama lain. Doktor 1 cakap, memang tali pusat tuh terjerut ketat dan perlu kepada pembedahan. Doktor 2 cakap, ada 2 tali pusat terjerut bukannya 1. Doktor 3 cakap, ada 1 tali pusat terjerut tapi longgar dan tak perlu kepada pembedahan. Disebankan doktor yang ke-3 tuh lebih senior...maka plan nya adalah untuk closely monitor the baby's heart beat and proceed to normal delivery until any abnormality detected. By that time, it was already 4pm, Wednesday.

Pertukaran plan 5 :-
Dalam pukul 10malam, wife aku mengadu sakit yang teramat sangat. Dia mintak agar doktor induce baby dia dan diberi epidural. Aku berada diluar wad kerana lelaki tidak dibenarkan menemani isteri mereka selepas jam 10malam. Permintaan wife aku yang memang tengah sangat sakit tuh tak di endahkan oleh sesiapa pun. Dalam pukul 11.30mlm, wife aku mintak tolong aku untuk arrange kan agar dia dapat pergi bersalin kat KPJ sebab tak tahan sangat sakit.

Aku berjumpa dengan jururawat yang menjaga wad bersalin dan bercakap dengan cara yang paling lembut sekali supaya tak menyinggung sesiapa.

"Puan, saya nak mintak kebenaran untuk bawak wife saya bersalin di KPJ sekarang"

     "Kenapa encik?"

"Wife saya dah mintak untuk induce dan epidural tadi sebabnya dia cakap dia tak tahan sangat dengan sakit dia tuh. Wife saya dah 3 kali pengalaman bersalin dan percayalah, saya tak pernah tengok dia sebegini terdesak sampai mati-matian mintak saya uruskan jugak perpindahan dia. Saya rasa, jika hospital nie tak nak sudi tunaikan permintaan dia, saya nak bawak wife saya ke hospital lain yang sudi layan dia la."

     "Err..biar kami buat check terakhir dan apa-apa keputusan, doktor yang akan bagitahu encik.

15minit lepas tuh, wife aku call bagitau dia kena ke labour room.

Saat bersalin :-
Aku rasa 15minit selepas wife aku dimasukkan ke labour room, wife aku pun selamat melahirkan anak lelaki kami yang ke-4. Waktu tuh, jam menunjukkan pukul 12.30malam hari Khamis. Yang aku perasan, wife aku cuma teran baby 3 kali sahaja. Memang aku nampak tali pusat tuh melilit leher baby kami tapi aku tengok dia menangis dengan gagah sekali. Agak tampak kebiruan kat wajah dia tapi setelah diberikan oksigen dalam tempoh kurang dari 15minit...segalanya nampak kembali normal pada pandangan aku. Wallahu'alam...

Discharge :-
Doktor mengesahkan bayi dan ibu, kedua-duanya sihat. Jam 1.00 tghari, kami dah on the way balik ke Besut melalui celah-celah bandar Kota Bharu. Sesungguhnya, Dia-lah yang Maha Berkuasa untuk memudahkan dan meringankan setiap perkara. Di atas rahmat-Nya jualah kami tersenyum-simpul memandang wajah ahli keluarga kami yang baru ini dengan penuh rasa syukur. Sungguh besar kurniaan-Mu. Terima kasih Ya Allah..

Tajul ??????? bin Tajul Adli

5 Response to Kejap jadi, kejap tak jadi..

June 28, 2011 at 6:25 PM

congrats huda n tajul, n little tajul.

June 28, 2011 at 8:04 PM

tahniah tajul ngan huda... alhamdulillah dah selamat sumer walaupun sungguh cuak membaca scene by scene tu..
lepas ni kompom takde orang berani jeling huda apatah lagi kaco sebab dikelilingi tajul2 yang gagah perkasa :)

June 28, 2011 at 9:00 PM

setiap hari buka blog abe tajul to hear about this news..tahniah. sampaikan salam buat kak huda. sgt terharu mbaca apa yang tercoret disini. sungguh besar pengorbanan mu wahai ibu2... dont forget to say " thank u dear " hehehehe ;-)

June 28, 2011 at 9:31 PM

terima kasih kengkawan semua...walaupun anak yang ke-4 tapi thrill dan keseronokan dapat baby baru tuh still lagi ada..

ajie : kalau nak mai PD, call la dulu..rumah bersepah.

syimi : bulatnya mata anak hang..

yani : hang adalah kawan ke-2 aku yang bakal melahirkan anak kembar..best nya.

tikah : will never forget to say thank you dear...hehehe

Anonymous
June 29, 2011 at 10:25 AM

Tahniah Tajul.. seperti biasa, tabik spring dari saya utk huda.. seronot nyer ber baby baru.. rindu nak cium bau baby..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...