Wednesday, June 1, 2011

Kenduri aqiqah anak saudara baru

0
Tak sampai 24 jam balik dari Langkawi, aku dah on the way balik ke Alor Setar sebab ada kenduri aqiqah dan kesyukuran sempena menyambut kelahiran anak saudara baru. Kedua-dua abang aku dapat anak perempuan pada waktu yang hampir serentak. Makanya, kenduri aqiqah kali ini menyaksikan 2 ekor kambing telah selamat dijadikan lauk kurma sebagai santapan utama para tetamu. Memang sedap.

Tak semua family aku balik ke Alor Setar. Memandangkan wife aku dah sarat sangat, jadinya aku macam kesian nak ajak wife aku travel jauh-jauh lagi. So, tinggallah wife aku ditemani oleh Hafiz sahaja kat Port Dickson. Hanya Hadi dan Hazwan sahaja yang menemani aku ke Alor Setar. Kesian Hafiz sebab kena tinggal. Menangis-nangis dia.

Nama baby nie Marisa. Aku tak ingat plak nama penuh. 
Yang nie pulak (kat tengah-tengah tuh), nama dia Arisa.
Seperti biasa la, Hadi dan Hazwan bila dah jumpa sepupu-sepapat dia tuh memang dah tak ingat kat mama lagi dah. Nak nak pulak, sepupu diorang asyik dok ajar main game pulak....lagi la tak ingatnya.
Dalam majlis tuh, siap panggil orang Marhaban lagi. Panggil habis semua qariah masjid berdekatan. Bukannya apa sangat pun, saja nak meraikan Abah jer. Abah aku dah jarang keluar rumah sebab sakit. Jadi, bila buat kenduri macam nie, kawan-kawan dia akan berkumpul la ramai-ramai. Abah la orang yang paling suka sekali sebab dapat jumpa balik kawan-kawan dia. Punyalah semangat Abah aku bila nampak kawan-kawan dia, sampai taknak pakai kerusi roda lagi dah. Sanggup dia berjalan kaki ja sebab semangat nak jumpa kawan-kawan dia.

Marhaban
YB Tuan Haji Ir Amiruddin bin Haji Hamzah : Exco Negeri Kedah datang melawat Abah 
Lepas tuh, tanak naik kerusi roda lagi dah. Siap boleh melawak ngan kawan-kawan dia pulak.
Nie gambar Yong (mak aku) ngan Kak Nim (kakak sulung)
Abah dan Yong
3 hari kemudian balik ke Port Dickson ke pangkuan wife terchenta. Hari Isnin masuk kerja setelah 9 hari bercuti sakan. Huh...punyalah blues hari Isnin bebaru nie, memang stock malas tak ingat punyalah. Satu menda pun tak jalan. Bila laa nak ari Jumaat pulak nie..?? aduhh..

No Response to "Kenduri aqiqah anak saudara baru"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...