Tak sampai seminggu lagi, Ramadhan akan menjengah kita kembali. Bulan yang sangat2 diberkati. Semua perkara ibadah akan diberikan pahala yang berlipat kali ganda banyaknya. Pintu keampunan terbuka luas untuk hamba-hamba yang mahukan keampunan. Sungguh berkat bulan Ramadhan yang mulia ini.
Kalau kita kira-kirakan semula, sebenarnya sangat sikit masa yang kita beri pada agama. Dalam tempoh 24 jam sehari....1/3 untuk tidur dan 1/3 lagi untuk berkerja. Tinggallah 1/3 lagi untuk beribadat. Maka, dalam tempoh 60 tahun hidup... hanya 20 tahun sahaja masa yang ada untuk kita beribadat. Tolak pulak dengan umur baligh pada usia 15 tahun, tinggallah 5 tahun sahaja ibadat kita yang mendatangkan pahala. Agak-agak cukup ka 5 tahun ibadat untuk bawak kita kepada syurga Dia...?? Demi nyawa kita yang berada dalam tangan-Nya, sepatutnya kitalah yang perlu risau kerana kita hanyalah hamba semata-mata.
Jadi, macam mana kita nak jadikan keseluruhan hidup kita nie sebagai satu ibadah? Supaya setiap apa yang kita lakukan, kita akan mendapat pahala dari Dia dan supaya setiap masa kita tak hilang dengan sia-sia. Jawapannya ialah, mulakanlah segala sesuatu dengan Bismillah dan sudahilah dengan Alhamdulillah. Kita jugak banyak diajar oleh Imam-imam kita tentang doa untuk melakukan sesuatu. Bacalah doa naik kenderaan semoga sepanjang perjalanan, kita sentiasa beroleh pahala dari Dia. Bacalah doa tidur semoga sepanjang kita berehat, kita beroleh pahala juga dari rehat kita. Bacalah doa mengenakan pakaian agar sepanjang kita memakai pakaian tersebut, pahala kita berterusan. Semoga sepanjang hayat kita adalah pahala sentiasa. Maka, tidaklah kita menjadi orang yang merugikan masa.
Kalau satu hari di akhirat = seribu tahun kat dunia, makanya kita hidup kat atas dunia nie sebenarnya kurang dari 2 jam sahaja. Itulah sebenarnya nilai kehidupan kita yang selalu kita kejarkan. Nikmat yang kurang dari 2 jam. Subhanallah.
Semoga kita berjaya dibulan Ramadhan ini, InsyaAllah.
Wednesday, July 27, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No Response to "Ramadhan bakal tiba"
Post a Comment