Wednesday, August 24, 2011

Lembaga Jurutera Malaysia

6

Tahun 25/06/2005, aku pernah mendaftarkan diri aku kat Lembaga Jurutera Malaysia (Board of Engineer Malaysia). Aku tak sure pun apsal aku buat macam tuh tapi yang aku tahu, kalau nak dapat title Ingénieur (Ir.), this should the first step laa..

Bukti pembayaran pendaftaran

Sebulan kemudian, aku dapat surat dari LJM mengatakan yang degree aku tak diiktiraf oleh LJM. Pelik jugak aku, macam mana aku yang dapat ijazah dari IPTA boleh tak diiktiraf pulak oleh badan kerajaan sendiri. Tanya USM, USM kata akan beri perhatian pada perkara nie. Tanya LJM, LJM ada bagi 2, 3 sebab yang aku dah lupa isi kandungannya. Lama jugak aku lobby kat kawan2 ex-aerospace aku tapi tak mendapat sambutan yang menggalakkan. Akhirnya, aku pun buat tak tahu sahaja.

Inilah surat dukacita tuh

Hujung tahun lepas ada satu majlis makan malam bersama Alumni USM Aerospace. Dalam majlis tuh, Timbalan Dekan yang baru telah menyatakan bahawa isu nie dah selesai dan degree kami telah diiktiraf oleh LJM. Aku skeptic.

Minggu lepas, kawan-kawan satu opis tiba-tiba sibuk nak daftar LJM sebab dengan pengalaman kerja 10 tahun dibidang automotif nie, sepatutnya tiada masalah untuk mendapatkan title Ir dengan mudah. Diorang mintak tolong aku sebagai penunjuk jalan. Aku bersetuju.

Bila berada dalam pejabat LJM tuh, aku pun ambil kesempatan untuk tanya semula berkenaan permohonan aku dulu. Sebabnya, Timbalan Dekan kata isu nie dah selesai. Rupa-rupanya, tak selesai jugak. Yang mendapat pengiktirafan hanyalah badge tahun 2000 dan ke atas. Bermakna, badge pertama (1998) dan kedua (1999 – which is my badge) masih lagi tidak diiktiraf.

Bukti dari LJM. Siap cop dengan signature lagi

Zoom sikit

Bila aku tanya macam mana nak atasi masalah nie, pegawai yang baik hati tu telah sudi menerangkan dengan panjang lebar. Dia cakap:-

1.)    Push USM supaya segera selesaikan isu ini. Kalau berjaya, aku dibolehkan untuk menduduki peperiksaan Ir. pada bila-bila masa berdasarkan tarikh pendaftaran awal aku dahulu.
2.)    Jikalau USM gagal, kena sambung belajar lagi untuk dapatkan master. Hanya dari certificate master itulah, aku boleh daftar semula sebagai ahli baru dalam LJM. Kekurangannya adalah, pengalaman kerja 9 tahun aku tak akan dikira kerana pendaftaran adalah berdasarkan tahun aku terima certificate master.

Aku akhirnya menelefon penolong pendaftar kanan pusat pengajian kejuruteraan mekanikal USM. En. Khaizi cakap, benda nie dah lama dan masih lagi dalam proses menunggu kelulusan dari EAC (Engineering Accreditation Council) untuk badge 1998 dan 1999. Berapa lama harus tunggu, tak tahu. Siapa person in charge dalam EAC yang saya boleh hubungi? Tidak boleh hubungi EAC melainkan USM sahaja yang boleh berbuat demikian. Sepertinya, masa hadapan aku terletak ditangan orang lain. Begitulah nasib budak Aero USM.

Aku rasa aku dah lama dalam industri. Tiba masanya aku bergerak kehadapan untuk memajukan diri aku dari segi pengiktirafan. Ini kerana dalam keadaan normal, pengiktirafan Ir. itu adalah sangat mudah untuk diperolehi bagi jurutera yang mempunyai pengalaman. Aku rasa, halangan yang ada sekarang ini adalah satu halangan yang remeh dan leceh. Perkara yang kecil sebegini masih tak selesai walaupun setelah 9 tahun berlalu. Aku rasa sangat diperbodohkan sekarang nie.

Kali ini aku akan bergerak sendiri. Jikalau Master yang diperlukan, maka aku akan sambung belajar dalam masa tedekat nie. Aku tak perlu 9 tahun lagi untuk EAC atau USM selesaikan masalah aku. Cukuplah setakat itu.

6 Response to Lembaga Jurutera Malaysia

August 26, 2011 at 10:19 AM

tau la posa....soklan pun lupa ka..??

Anonymous
September 6, 2011 at 9:49 AM

tajul..bab master tu kena kompem balik kut.. sbb wpun dah ada master.. tp permohonan gue masih juga kena rejek..

February 9, 2012 at 10:53 PM

Aku terjumpa blog nie dan nak bagi komen sikit.

Kau tak faham tentang apa yang aku present waktu alumni dinner tu. Yang aku bentangkan ialah program aero 4 tahun yang aku incharge, bukan program sebelum aku jadi deputy dean. Program di bawah jagaan aku memang diiktiraf oleh BEM.

Aku tak sebut pun tentang batch (bukan badge yer) 98-99 punyer pengiktirafan. Kau silap faham tu.

Jangan kau silap lagi. Tak semestinya buat master boleh daftar dengan BEM. Dipendekkan cerita kau boleh contact aku utk tahu cara utk daftar dengan BEM dengan cara yang betul.

Harap maklum.

Dr Kamarul

p/s I am no longer the deputy dean

February 13, 2012 at 9:20 AM

wah...patut la no longer a deputy dean, dalam process nak tukar tempat kerja rupanya...tahniah kirk....

May 3, 2013 at 3:03 AM

assalammualaikum abang.. saya nak tanya.. kalau aerospace engineering tuuh macam mana ekk?? boleh terangkan dengan lebih detail lagi tak?? Tenkiuuu ..

May 7, 2013 at 11:25 PM

to shackiy minhyuk,


senang ceritanya, aerospace engineering nie lebih kurang sama ja dengan mechanical engineering. yang membezakan kedua-duanya hanyalah aplikasi sahaja.

contohnya, kereta yang kita pandu semestinya ada geseran. geseran terhasil antara tayar kereta dan permukaan jalanraya.

kat kapalterbang pulak, geseran berlaku antara badan kapalterbang dan udara.

kedua-dua kes nie bercakap berkenaan geseran. yang bezanya hanyalah tempat sahaja.

samalah subject2 aerospace nie, kalau ditengok semula hanyalah merupakan aplikasi subject mechanical kepada kapalterbang dan satelit.

wallahu 'alam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...