Tuesday, August 9, 2011

Tahlil - pandangan aku yang dhaif

0
Bila muncul bulan Ramadhan nie, timbul banyak keinginan dalam hati manusia untuk berbuat baik agar beroleh pahala dari Allah SWT. Antara benda yang selalu aku perhatikan berlaku kat Surau Springhill nie ialah, permintaan untuk membacakakan tahlil setiap kali selesai solat tarawikh.

Gambar diambil dari internet.

I got nothing against the issue. Cumanya aku rasa umum perlu mengetahui kedudukan tahlil kepada si mati. Rata-rata orang yang membuat permintaan tahlil tu, akan mintak dekat imam supaya menyebutkan nama si mati satu persatu. Kalau tak, tak berapa "sedap" katanya. Padahal dalam doa tahlil itu sendiri telah merangkumi semua muslimin dan muslimat tanpa tertinggal sedikit pun. Maka, perbuatan menyebut nama sampai menyusahkan tok imam adalah sesuatu yang tak perlu bagi aku.

Kemudian kalau kita lihat secara dalam lagi, walau sebanyak mana jemaah yang hadir pun...pahala tahlil itu tidak semuanya pergi kepada si mati. Yang sampai kepada si mati adalah bacaan tahlil daripada anak si mati itu sendiri, yang lain dari itu hanyalah untuk diri masing-masing sahaja. 

Kita ambil contoh macam nie. Katakanlah aku ini seorang yang sangat kaya sehingga mampu membeli cincin berlian bernilai RM24 juta. Aku sudah pun merancang dan berwasiat kepada anak aku supaya apabila aku mati nanti, gunakan duit dari jualan cincin untuk mengupah para hafiz Al-Quran agar membacakan tahlil untuk diri aku setiap malam selama 65 tahun. Aku sangat pasti RM24 juta tuh mampu mengupah seramai 300 hafiz setiap malam selama 65 tahun kerana aku dah study dari awal lagi. Makanya, kalau pahala tahlil yang dibaca oleh para hafiz ini sampai kepada aku....InsyaAllah banyaklah pahala aku bila aku mati nanti. Tak payah la aku nak beramal selama aku hidup kalau begitu. Guna duit sahaja, semua jadi senang. Maka syurga hanya akan dipenuhi oleh orang kaya sahajalah. Sungguh mustahil untuk perkara itu berlaku.

Jadinya, yang tetap bersama kita bila kita mati kelak hanya 3. 
1.) sedekah jariah (yang beterusan)
2.) ilmu yang bermanfaat 
3.) doa anak yang soleh

Bagi aku, tak salah untuk bertahlil. Di dalamnya, ada anjuran untuk berzikir, membaca ayat-ayat Al-Quran, berselawat dan berdoa yang semuanya merupakan anjuran Nabi Muhammad SAW. Tapi pahala bacaan itu adalah menjadi milik masing-masing. Hanya bacaan anak si mati sahaja yang sampai kepada si mati.

Tapi apa-apa hal pun, ini hanyalah pendapat aku yang jahil sahaja. Tidak ada kekhilafan dalam pendapat aku jika bertentangan dengan pendapat Imam Syafie. Kalau perbezaan pendapat antara Imam Maliki dan Imam Syafie, barulah kita panggil khilaf. Tapi kalau perbezaan pendapat tuh antara Tajul Adli dan Imam Syafie, orang tak panggil khilaf. Orang panggil Tajul Adli yang jahil. Hehehehe...

Yang benar itu dari Allah jua.....

No Response to "Tahlil - pandangan aku yang dhaif"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...