Thursday, March 29, 2012

Sebulan yang lalu

0
     Waktu cuti sekolah sebulan yang lalu, kami sekeluarga balik ke Besut. Entah dari mana datangnya idea tetiba sepakat pulak nak naik keretapi instead of naik kereta sendiri. Seperti biasa, anak-anak pun bagai menghitung hari untuk balik ke kampung. Semua tak sabar nak naik keretapi.

     Kalau sebelum nie, kami tak perlu nak rancang dengan detail percutian kami tapi tahun nie semua tuh dah berubah. Hadi dah masuk darjah satu. Untuk bercuti, kami kena fikirkan cuti sekolah Hadi sebelum merancang. Kalau boleh, kami taknak Hadi dan anak-anak yang lain terganggu pembelajaran mereka.

     Makanya, kami kena maklum yang cuti sekolah nie memang ramai sungguh orang merancang untuk berjalan-jalan. Banyak kemudahan awam semuanya dah kehabisan tiket. Even tiket keretapi yang aku beli nie pun adalah tiket yang terakhir sekali. Mujur jugak sempat beli.

     So, seronok sungguh la 4 beradik tuh dapat tidur dalam keretapi. Husaini yang kecik sekali pun ikut sama main kat katil atas dengan abang-abang dia. Tersenyum simpul, menjerit-jerit keriangan. Macam-macam

Semua melompat-lompat dalam cabin

Hazwan yang kono-kononnya tengah menjaga Husaini

     Lepas sikit dari stesen Tampin, keretapi bunyikan hon yang sangat panjang. Kemudian diikuti dengan bunyi hentaman yang agak kuat. Keretapi tiba-tiba berenti tengah-tengah hutan mana entah la. Rupa-rupanya, keretapi langgar lembu. Bila bersembang-sembang dengan penumpang-penumpang lain dalam keretapi tuh, depa cakap memang kejadian langgar lembu atau kerbau selalu terjadi bila keretapi berada dalam kawasan Tampin. Malam itu, keretapi berenti selama 3 jam untuk membersihkan darah-darah dan perkara-perkara lain yang berkaitan.

Mujurlah amik cabin yang ada katil. Kalau tak letih jugak nak sampai Tanah Merah

Breakfast. Semuanya harga double. Manis pun double gak. Boleh kena diabetes tuh

     Lepak la kat kampung 3 hari. Disebabkan cuti sekolah, ramai la orang kat kampung. Seronok la 4 beradik tuh dapat main dengan mak sedara dan jiran tetangga. Sampai seharian tak nampak muka dok main kat luar rumah. Mujur yang Husaini tuh tak pandai jalan lagi. Kalau tak, dengan dia-dia sekali pun main kat luar jugak.

Baju kena tanggal. Nanti kotor kena tembikai

Yang nie kes lawak. Tengah dok makan tembikai, gigi boleh pulak patah. First time gigi Hadi patah. Hehehehe. Kat tangan kiri tu la gigi susu kesayangan dia tuh. Dah suruh tanam, esoknya korek balik dalam tanah. Kelakar la Hadi nie.

     Balik ke Port Dickson pun kami balik naik keretapi gak. Alhamdulillah, takdak apa-apa yang berlaku yang menyebabkan keretapi kami lambat sampai. Kami sampai kat Seremban jam 8.00pagi. Baru aku perasan yang sekarang nie dah ada perkhidmatan komuter dari Seremban sampai ke Kuala Pilah rasanya. Bagus la begitu. Lepas nie, boleh la kita dengar ada orang Kuala Pilah kerja kat KL pulak. Heheheheh...

Lama tak update blog. Sangat sibuk dengan assignment sebulan yang lepas. Kebetulan semester nie, ambik banyak subjek sebab nak habiskan dalam masa setahun setengah sahaja. Hmmm...kebetulan, terjumpa dengan Dr Kamarul Ariffin aka Kirk. Senior setahun School Aero kat USM dulu nie. Rupa-rupanya, dia dah berenti jadi lecturer kat USM. Sekarang nie, jadi lecturer kat UPM pulak. Hahahaha...boleh la aku amik paper elektif kelas Dr Kamarul lepas nie. Untung-untung dapat A subjek dia. Insya Allah.....

No Response to "Sebulan yang lalu"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...