Aku memberikan alasan bahawa aku sedang buat part time master dan keberatan untuk meninggalkannya. Kebetulan, sekarang ini masih lagi musim sejuk di China..aku memberikan alasan bahawa aku tak tahan sejuk. Aku usahakan jugak mencari pengganti aku dan ada 2 atau 3 orang yang sudi menggantikan tempat aku. Walaupun begitu, boss aku masih bertanyakan sama ada aku boleh dihantar ke China atau tidak.
Tiba-tiba, aku dihulurkan dengan sekeping kontrak untuk ditandatangani. Kontrak bekerja di China selama setahun bersama rules and regulation during secondment at the client place. Bila aku telefon wife aku, wife aku meredhainya. Selepas daripada itu, semuanya berjalan lancar seperti air yang mengalir di sungai. Itu cerita 3 minggu yang lalu, dan hari ini aku telah pun seminggu berada di China.
Sungguh aneh ketentuanNya. Melihat kepada situasi semasa, dengan anak yang ramai dan masih kecil. Juga dengan keadaan sebagai seorang pelajar yang buat master dengan duit sendiri. Sepatutnya, semua itu sudah cukup sebagai alasan untuk aku tidak datang ke China pada waktu terdekat ini. Tapi kehendak Allah adalah sebaliknya. Aku, terpaksa berpisah sekali lagi dengan keluarga tercinta. Jauh dan terasing di benua yang berbicara dengan bahasa lain yang aku ketahui.
Pemergian aku ke China diiringi dengan hujan. Walaupun dibibir kami masing-masing menguntum senyum dan tawa, tapi dihati kami sebak menahan duka. Melihat kepada isteriku yang terpaksa ditinggalkan bersama anak-anak yang masih kecil lagi membuatkan aku resah mengenangkan susah-payah yang bakal dihadapinya. Namun, berat mata aku memandang, berat lagi bahu wife aku yang memikulnya.
Semoga segala urusan, terutama sekali urusan akhirat kami dipermudahkan oleh Allah SWT. Aku bermohon kepada rakan-rakan, handai-taulan supaya mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga. Banyak perkara yang aku nak ceritakan berkaitan pemergian aku ke China kali ini. Insya Allah, di masa yang mendatang ini, akan aku coretkan seadanya.
Makan bersama di airport sebelum berlepas ke China
Ada budak comot nak kena tinggal
Pada Hadi, bergantung harapan untuk menjaga adik-adik
Antara Hazwan dan Hafiz selalunya berbeza pendapat, tapi dua-duanya anak yang baik
Abah, Husaini dan mama. Semoga wife aku tabah. Hanya doa yang mampu abang hulurkan
Hujan
Selamat tinggal Malaysia
3 Response to Yang tidak kita ketahui
Kami doakan selamat semuanya.. mudah-mudahan...
tetiba ada titisan air jernih mengalir di pipi ini. semoga kak huda tabah dan abg tajul baik2 di sana :-)
Terima kasih Ghazi + Atikah...berkat doa kawan2, Insya Allah selamat semuanya
Post a Comment