Yea laa...mungkin lawak bunyinya, tapi memang ada kebenaran kot. Temple tuh kosong takdak orang. Kat satu penjuru ditingkat paling bawah sekali tengah rancak renovation untuk buat restoran Vietnam. Kat penjuru yang lain pulak dah bertukar jadi deretan kedai-kedai yang jual macam-macam. Hmm..tak payah la sebut pasal agama orang lagi. Kita kat Malaysia pun pakat-pakat jaga la masjid kita agar tak jadi 'gajah putih' macam Jing An Temple nie. Kalau tak, jadi serupa Spain la kita. Asalnya punya gah kerajaan Andalusia Islam kat sana tapi agama Kristian pulak yang tersebar. Akhirnya, punyalah susah nak cari orang Islam hari ini kat Spain. Even jersi Barcelona yang kawan-kawan kita pakai pun ada lambang salib.
Kat hujung simpang tuh la Jiang An Temple
Secara peribadi, aku rasa keagungan kerajaan Andalusia tuh adalah satu yang sia-sia sahaja. Memang pada zaman itu Islam melahirkan cerdik pandai yang menjadi sebutan dalam dunia ilmu. Pembangunan fizikal pun sangat membanggakan. Tapi kalau kita ingat bila kita kaya dan pandai maka kita berjaya, sebenarnya sia-sialah kejayaan itu. Kalau kita benar-benar selidiki pemikiran Ibnu Sina umpamanya, aku yakin ramai orang akan mengugurkan nama Ibnu Sina daripada senarai contoh kepada umat Islam. Ibnu Sina mengambil pemikiran Yunani dalam membicarakan zat Allah. Sebenarnya, beliau dikecam sesat oleh ulama se-zamannya tapi sejarah hanya mengiktiraf Ibnu Sina kerana beliau adalah model kejayaan waktu itu. Mungkin kita harus menilai semula semua ini. Mungkin kita juga harus tengok pemikiran kita yang suka pada pembinaan masjid besar lagi mahal sebagai sebuah kayu ukur kejayaan Islam. Apa sebenarnya yang kerajaan Islam kena buat untuk mendapat kejayaan yang hakiki? Takdak masalah dengan bangunan tinggi dan kereta mewah tuh. Sikit pun tak salah. Jadi, apa benda yang kurang?
Alamak, dah melalut la pulak jadinya. Nak bercakap pasal Shanghai, tetiba sampai ke Andalusia la pulak. Anyway, ada satu scene kat Shanghai tuh yang membuatkan aku terfikir.
Takdak sapa pun peduli.
Awalnya, aku takut sungguh tengok scene nie. Aku budget pakcik tuh dah mati, sebab tuh makcik tuh nangis tak berenti sambil mintak sedekah. Tapi pikir-pikir balik, tak mungkin la pulak pakcik tuh mati. Merah ja kulit muka dia. Mungkin dia sakit tak boleh sembuh kot. Kemudian aku terpikir lagi. Macam mana pakcik yang sakit tuh boleh berjalan sampai kat situ? Betul ke dia sakit nie? Musykil pun ada. Kemudian, jalan depan sikit, ada pulak satu lagi scene yang sama tapi orang lain pulak. Lagi real, siap dia selimutkan terus orang yang terbaring tuh. Aku hanya memerhati sahaja.
Kita tak tahu masalah orang lain. Jadinya, kita harus bersangka baik sentiasa. Tujuan aku paparkan gambar nie sebab aku just nak share sahaja. Mengingatkan aku bahawa orang sanggup buat apa sahaja untuk survival. Membawa balik kepada persoalan lama aku......"hidup atas dunia susah, kat sana nanti pun susah juga". Aku pun bertanggungjawab sama....
No Response to "Ragam Manusia"
Post a Comment