Sepanjang kejohanan tuh, memang banyak liputan mengenai perlawan badminton tuh kat China nie. Semuanya nampak baik-baik dan hebat-hebat belaka. Rupa-rupanya, ada jugak satu dua negara yang complaint pasal pengurusan tuan rumah nie. Ada yang cakap masa training tak cukup la, jadual perlawanan tak adil la, court tak cukup la. Adalah lagi macam-macam complaint tapi hanya akan jumpa kat akhbar luar dari negara China sahaja.
Aku tengok, pattern dia lebih kurang sama. China menjadikan elemen 'negara superior' sebagai panyatu perpaduan antara rakyat-rakyat dia. Sebolehnya, dia akan memaparkan China itu hebat dalam banyak perkara dan dalam pada masa yang sama, membentuk rakyatnya supaya cintakan negara.
Kita ambil cerita perang atau cerita kung fu sebagai contoh mudah. Mana-mana cerita China yang memaparkan kejahatan dan kebodohan orang Jepun, pastinya mendapat tempat di mata kerajaan. Lebih kurangnya, cerita tuh akan box office dulu la. hehehehe...Ceritanya tipikal bila mana Jepun datang ke China dan cuba menghancurkan rakyatnya dengan cara yang paling kejam sekali. Ini dilakukan untuk menaikkan rasa offended dengan sikap penjajah. Mewujudkan rasa tercabarnya maruah diri dan bangsa. Kemudian, di akhir cerita..orang China akan bangun menentang penjajahan dan kemudiannya menjatuhkan penjajah dengan cara yang sangat bermaruah sekali. Dengan cara ini, China memaparkan yang mereka adalah 'negara superior' dengan menolak superiority negara lain. Tujuannya adalah untuk menyatupadukan rakyat dan Jepun adalah kambing hitam yang dijadikan asas kepada perpaduan ini.
Dalam satu perbualan aku dengan seorang budak China (lebih muda dari aku) kat sini. Kami panggil dia Mr. Crab. Tak tahulah pulak kenapa begitu panggilannya. Dalam satu perbualan tuh, Mr. Crab nie telah menceritakan hasrat dia jikalau dia diberi kuasa dalam tampuk pemerintahan kerajaan China. Kalau dia ada kuasa dalam kerajaan, dia akan tanamkan sebanyak mungkin bom kat perairan laut Jepun. Kemudian, dia akan letupkan semua sekali dengan serentak. Tujuannya adalah untuk mewujudkan tsunami yang akan memusnahkan negara Jepun. Bila ditanya kenapa nak buat macan tuh, dia jawab bahawa Jepun jahat dan dulu Jepun pernah datang ke China dan membunuh banyak rakyat China tanpa ada belas kasihan. Jadi dia nak balas dendam katanya.
Nie bukan Mr. Crab. Nie Liu Nan Nan.
Nie pun bukan Mr. Crab. Nie Eeh (Pronounce dia Iyeh)
Kagum....... Kagum pun ada, pelik pun ada. Kagum sebab propaganda kerajaan China menjadi. Hinggakan generasi sekarang yang dah berpuluh tahun jauhnya dari peristiwa tersebut pun masih membenci Jepun.
Pelik..... Pelik sebab peristiwa tuh berlaku pada tahun 1937 (Nanjing Massacare). Cerita lama sejarah hitam, namun masih segar dalam ingatan orang-orang China ini tanpa ada usaha untuk melupakannya. Jepun telah berkali-kali memohon maaf atas kejadian tersebut tapi nampak gayanya, tiada maaf bagimu. Setengah bangsa, tidak mudah melupakan tapi setengah bangsa yang lain pulak, lebih mudah melupakan. Melayu tergolong dalam rangkap popular Tun Dr. Mahathir iaitu "Melayu mudah lupa".
Kebencian China kepada Jepun bukan lagi satu rahsia. Boleh klik sini untuk mengetahui perasaan orang-orang China terhadap orang-orang Jepun.
Semua menda nie boleh kita jadikan iktibar untuk masa hadapan. Kalau kita buat jahat kat orang walaupun sekali, orang pasti akan ingat kejahatan kita selamanya. Kalau kita buat baik seribu kali pulak, orang tak tentu ingat langsung akan kebaikan kita. Makanya, selagi ada peluang bernafas, buatlah perkara yg baik2 agak tak menyesal satu hari nanti.
Baik jugak kita sedeqah kat sini. Boleh beramal jariah sikit. InsyaAllah
No Response to "Sedikit Cerita"
Post a Comment