Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ada membuat perbandingan antara Mesir dan China. Keuda-duanya kaya dengan sejarah peradaban manusia yang sangat menakjubkan. Yang satu memiliki rahsia pembinaan piramid yang tak terhurai oleh kejuruteraan moden. Yang satu lagi juga memiliki monumen Tembok Besar China yang mencapai sehingga ribuan kilometer panjang. Ciptaan manusia yang sangat terkehadapan dari zamannya ini tidak akan tercapai melainkan terdapatnya sebuah tamadun yang maju dan lama disebaliknya. Tamdun inilah yang membentuk Mesir dan tamadun inilah yang membentuk China. Namun hari ini, apabila kita membandingkan kedua-dua negara ini, kita akan lihat betapa Mesir sangat jauh ketinggalan berbanding China. Mesir yang seringkali tenggelam dan timbul akibat dizalimi pemerintahnya, tidak mampu lagi bersaing dipersada dunia.
Mesir menjadi tempat lahirnya ulama masakini yang amat disegani. As-syahid Ustaz Hassan Al-Banna yang telah meninggal dunia, telah meninggalkan gagasan dakwah yang berterusan walaupun setelah pemergiannya. Hasil dari kegigihan beliau, lahir ramai lagi nama-nama besar dalam dakwah Islam antaranya seperti Dr Said Ramadhan Al-Buti dan Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mewarnai perjuangan Islam didunia. Gerakan Islam yang dinamai sebagai Ikhwanul Muslimin yang bermula di Mesir, kini menjadi tunggak banyak perjuangan dakwah Islam diseluruh dunia. Kebanyakkannya mengambil nama yang sama seperti nama asalnya dengan tujuan untuk mendapatkan roh perjuangan tersebut.
Sesetengahnya mengenalli Mesir kerana wujudnya sebuah institusi pengajian tinggi yang masyur iaitu Al-Azhar. Universiti ini yang banyak melahirkan ilmuwan Islam diseluruh dunia menjadi tempat rujuk perkembangan ilmu Islam masakini. Tuan Guru Nik Aziz ada membuat bidalan mengenai universiti ini. Sepertimana bapa adalah ketua kepada keluarga. Sepertimana imam adalah ketua kepada makmum. Sepertimana seorang presiden adalah ketua kepada sebuah kerajaan. Maka Al-Azhar adalah bagaikan ketua kepada ilmu Islam. Ianya menjadi tempat rujuk ramai ilmuwan Islam seluruh dunia. Begitulah berharganya Al-Azhar kepada dunia ini. Permata berkilauan yang bermanfaat kepada umat. Yang mencintai Al-Azhar, secara tidak langsung pasti akan mencintai Mesir juga.
Namun ada juga yang mempunyai pendapat yang sedikit berlainan dari kebanyakkannya. Pendapat yang timbul hasil dari pengkajian yang mendalam mengenai sejarah pemikiran. Prof Madya Dr Sulaiman Nordin mengatakan bahawa Al-Azhar itu berasal dari perkataan Zahra. Diambil dari nama Fatimah Al-Zahra. Diwaktu Mesir diperintah oleh gologan syiah, golongan ini membina sebuah universiti bernama Al-Azhar dan diwakafkan kepada rakyat agar semua orang mampu mendapatkan ilmu secara percuma. Oleh kerana itulah, apabila ditanya mengenai Syiah, Al-Azhar akan mengatakan bahawa Syiah tidak sesat dan tidak murtad. Wallahu'alam.
Walau apa pun, kita bersyukur kerana pilihanraya Mesir telah selesai dan presiden yang baru dah pun mengangkat sumpah untuk menggalas jawatan dengan adil dan saksama. Semoga Ir. Dr. Muhammad Mursi mampu menjulang kembali nama Islam dipersada dunia. Beliau yang meruoakn calon kepada Ikwanul Muslimin pastinya akan menghadapi tugas berat untuk mengembalikan kegemilangan Islam ke bumi Mesir. Pastinya kita bergembira dengan berita baik ini kerana Mesir bersempadanan dengan Palestin. Pemerintahan Mesir sebelum ini (Hosni Mubarak) sangat keberatan untuk membantu Palestin sebaliknya lebih cenderung untuk membantu Israel. Kita mengharapkan, dengan perlantikan presiden baru ini, dunia Islam mampu membantu Palestin dengan efektif sekali. InsyaAllah
Monday, July 2, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No Response to "Mesir yang berliku"
Post a Comment