Friday, June 29, 2012

Tafsir Al-Quran - Surah-surah pilihan

0


     Buku tafsir Al-Quran ini ditulis oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Buku ini menghuraikan tafsiran tentang surah-surah amalan yang dihafal oleh kebanyakkan umat Islam. Keenam-enam surah pilihan tersebut merupakan surah daripada juzuk terkahir Al-Quran. Surah-surah ini banyak sekali mengajak manusia berfikir tentang kekuasaan Allah melaui ciptaanNya yang sempurna. Surah-surah ini juga banyak member peringatan tentang kedatangan hari kiamat serta janji Allah kepada hamba-hambaNya yang redha dan kufur.

     Penulis telah menghuraikan tafsiran surah-surah ini dengan menggunakan nas-nas dari jumhur ulamak. Penulis juga mengaitkan fakta-fakta dari Al-Quran dengan keadaan semasa menunjukkan Al-Quran itu relevan setiap masa. Cara penghuraiannya adalah mudah difahami oleh rata-rata orang awam namun dalam masa yang sama, memberi input baru kepada yang telah mengetahui tafsirannya.

     Alhamdulillah, hati menjadi lapang apabila kita mampu memahami kandungan buku ini. Kemudiannya, hati menjadi semakin lapang tatkala kita membaca surah ini sambil kita juga memahami maksud-maksudnya yang tersurat dan tersirat. Semoga Allah merahmati usaha penulis yang istiqomah dalam perjuangan dakwahnya. Saya doakan juga semoga beliau panjang umur serta sihat tubuh badan untuk terus menyebarkan ilmu agama ini demi Islam. Allahuakbar… 

No Response to "Tafsir Al-Quran - Surah-surah pilihan"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...