Tuesday, September 18, 2012

Sunday Ride

0
     Cuaca kat China nie semakin hari semakin sejuk. Tanda-tanda musih luruh hampir tiba. Suhu setiap hari berlegar-legar sekitar 20-an sahaja. Siangnya memberikan keselesaan, malamnya pulak sedikit kesejukkan. Tapi masih lagi selesa.

     Minggu nie kami sekeluarga akan berangkat ke Malaysia. Bercuti selama lebih kurang 3 minggu untuk menikmati juadah-juadah halal tanpa ragu-ragu. Hehehehe...Sangat best. 3 minggu dari sekarang pula, mungkin cuaca China akan jadi sangat sejuk dan tidak sesuai untuk aktiviti luar lagi.

     Memandangkan perkara itu akan berlaku, makanya hari Ahad bebaru nie, aku dan kawan-kawan aku mengadakan misi berbasikal ke Beishan (Gunung Utara). Banyak kali dah sampai Beishan nie tapi tak pernah lagi menjejakkan kaki kat puncak kerana banyak sebab. Antaranya...tak larat nak kayuh la, masa tak mengizinkan la dan terlalu panas (waktu musim panas bebaru nie).

     Hari Ahad bebaru nie, aku nekad jugak untuk naik. Alhamdulillah, Allah SWT mengizinkan hasrat aku tuh.

     Kami berempat akhirnya berjaya mengayuh basikal selama lebih kurang 4 jam lebih untuk sampai ke puncak. Perjalanan pergi dan balik tak jauh, cuma 60km sahaja. Ketinggian Beishan ini pula, tidaklah berapa tinggi. Cuma 2,000m sahaja. Kalau tengok dalam wikipedia, ketinggian Genting Highland kat Malaysia adalah 1,860m. Maknanya, Beishan nie memang tinggi dari Genting Highland.

     Untung sekarang ini kerana handphone pun dah ada GPS. Sangat senang untuk menjejaki laluan yang kita sepanjang perjalanan. Aku suka pakai Strava dan kat bawah nie adalah achievement aku.

Data yang aku ambil dari website strava

     Ada dua bulat merah dalam gambar kat atas. Yang satu aku nak highlight kan berkenaan ketinggian Beishan dan yang kedua, aku nak highlight kan kelajuan maksimum sewaktu menuruni Beishan.

     Sewaktu permulaan perjalanan, aku anggarkan yang kami sempat untuk pulang pada jam 11.00pagi atau 12.00thari. Mana tahu tiba-tiba ada 2 orang office-mate Chinese nak ikut serta pada hari itu. Di awal perjalanan, semuanya mengikut jadual, tapi di 10km terakhir...ada kawan yang pancit. Banyak kali juga berhenti kerana kehabisan angin. Hahahahaha....Makanya, jadual terpaksa dianjakkan dan kami hanya tiba di puncak jam 11.30pagi.

     Bila pulang, akulah yang paling kalut sekali kerana mengejar masa. Wife aku dah pun booking satu slot untuk keluar membeli-belah barangan yang dikirim oleh orang-orang Malaysia dan aku perlu berada di rumah untuk menjaga anak-anak. Kayuhan turun aku mencecah sehingga 82.4 km/h.....memang sungguh aku kalut. Hahahahaa...

     Anyway, aku sebenarnya nak berkongsi pemandangan dari atas Beishan. Sangat sejuk, sangat tinggi dan sangat mempersonakan. Mungkin aku tak dapat datang lagi kerana cuaca yang makin sejuk akan tiba nanti.

Dah 10km kayuh. 1st stop.

Tepi empangan.


Puncaknya nun jauh di sana

Second stop. Bas nombor 5 ngan 3 naik jugak rupanya.

Third stop. Menikmati langit biru

Kuda pun penat

Dilarang masuk

Setelah berpuluh kali berenti, akhirnya sampai jua ke puncak



Ramai jugak group basikal lain yang datang

Orang ajak tangkap gambar, kami layan jer la

Sejuk kena angin. 20 degree

Seluas mata memandang

Angin tiup

Peristiwa ngeri. Hehehehe

Empangan kedua

Satelit TV dan satelit tentera

From different angle

Parking free

Posing maut

Jalan yang bengkang-bengkok

I like this

...and this too







banyak basikal

Monster

Kuda kami

My XTC

     Balik tuh baru la kami tahu. rupa-rupanya ada demontrasi anti-Jepun kat Jinhua. Patut la ramai sangat polis waktu balik tuh. Cina memang tak suka kat Jepun. Pasal hal pulau pun, memang depa nie sanggup berperang bermati-matian. Bukan sebab pulau pun, tapi sebab dendam lama. Kat bawah nie ada gambar yang kawan-kawan Chinese aku ambil waktu demontrasi tuh.

Mana datang ramai sangat orang pun tak tahu laa..

Sungai kat depan rumah ja nie.

Yang paling buat duit adalah, penjual bendera Jepun. Orang beli sebab nak pijak dan bakar.

No Response to "Sunday Ride"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...