Thursday, October 11, 2012

Al-Raheeq Al-Makhtum - Shaikh Sofiy Al-Rahman Al-Mubarakfuri.

0

     Buku ini adalah berkenaan sirah Nabi Muhammad SAW hasil karya seorang tokoh ulama terkenal bernama Shaikh Sofiy Al-Rahman Al-Mubarakfuri dari Universiti al-Salafiah, India. Buku ini telah pun dipilih sebagai pemenang anugerah "Sayembara Pengkajian Sirah Rasulullah (s.a.w)" yang dianjurkan oleh Rabitah al-Alam al-Islami.

     Penulis telah pun mengguna pakai kaedah yang unik dan tersendiri didalam menghuraikan sejarah Nabi Muhammad SAW. Segala maklumat telah pun dirangka dalam bentuk yang sederhana dan tepat. Dalam masa yang sama, penulis mengelak daripada menggunakan huraian yang panjang dan membosankan agar objektif penulisan tercapai dengan berkesan. Buku ini mengambil pendekatan menghuraikan kehidupan Nabi Muhammad SAW mengikut kronologi sejarah. Turutan peristiwa penting yang berlaku satu-persatu akhirnya memudahkan pembaca memahami dan menjiwai perjuangan murni Nabi Muhammad SAW. Secara asasnya, buku ini mampu membantu setiap pelajar atau pengkaji sejarah untuk mencapai tujuannya.

     Siap ditulis pada tahun 1976 dan diterjemahkan dalam bahasa Melayu pada tahun 2000 oleh Muhammad Darus Senawi Ali dari Madrasah Ibn Khaldun al-Thanawiyyah, Jalan Kebun, Klang. Penterjemahannya sangat baik sekaligus memudahkan pembaca bahasa Melayu menghadam isi kandungannya.

     Semoga lebih banyak lagi usaha menterjemakan kitab-kitab agama sebegini demi perkembangan agama Islam yang syumul. Semoga kita lebih memahami dan mengenali kehidupan Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan teladan dan pedoman sepanjang hidup di muka bumi. InsyaAllah.

No Response to "Al-Raheeq Al-Makhtum - Shaikh Sofiy Al-Rahman Al-Mubarakfuri."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...