Sunday, August 18, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

0
     Alhamdulillah, ada jugak kesempatan akhirnya untuk update blog nie. Hari ini dah masuk hari yang ke-12 bulan Syawal. Sekejap sungguh masa berlalu padahal masih lagi terasa seperti berpuasa walaupun Syawal dah hampir ke pertengahannya.

     Tahun ini keluarga kami menjadi lebih besar dari tahun lepas. Tahun ini, kami dikurniakan cahaya mata yang baru berusia sebulan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri bebaru ini. Tahun ini, kami dikurniakan cahaya mata perempuan yand sangat comel sekali. Ibunya la orang yang paling gembira sekali. Habis semua orang kena pakai baju warna merah jambu kerana meraikan kedatangan ahli baru kami. Alhamdulillah, tak putus-putus kurnian-Nya kepada kami. Rumah kami jarang sunyi dari kemeriahan anak-anak kecil kecuali beberapa waktu sahaja seperti waktu tidur dan waktu persekolahan. 

     Kesan dari ziarah kami ke Masjid Nabawi ketika umrah dulu masih lagi menebal dalam diri. Terasa rindu sungguh dengan Rasulullah dan penduduk Madinah. Kami bersepakat untuk menamakan anak kami ini dengan nama Dhiya Raudhah. Dhiya membawa maksud 'cahaya' dan Raudhah adalah nama bagi sebuah taman dari taman-taman dalam syurga. Ibunya la yang mencarikan nama yang cantik itu. Kalau harapkan aku, mungkin akan bermula dengan nama Tajul jugak seperti nama abang-abangnya yang lain. Hahahahaha...

     Raya tahun ini kami kurang menziarahi sanak-saudara kerana isteri aku pun masih lagi belum sihat sepenuhnya. Dhiya Raudhah pun baru sahaja berumur sebulan dan memerlukan lebih perhatian jika berjalan-jalan ke rumah saudara-mara. Tapi perancangan Allah lebih sempurna apabila sanak-saudara dan rakan-taulan pulak yang tak henti-henti berkunjung menziarahi ahli baru kami. Syukur pada-Nya diatas ketentuan ini. Semoga ukhuwah yang terjalin menjadi lebih erat lagi hendaknya. 

     Keluarga kami semakin besar. Syukurlah diatas kurnian-Nya. Semoga aku dapat memikul tanggungjawab sebagai seorang ayah yang baik. Semoga dipermudahkan. InsyaAllah.

Husaini dah jadi abang dah.

One big family. Sekali ngan dinding rumah pun pink jugak. Alahai...

Macam-macam gaya ada.

Nak dapat gambar formal memang susah. Sudahnya, buatlah gaya bebas jerk senang.

Adik Dhiya pun posing jugak

Alhamdulillah, walaupun gegak gempita waktu hari raya..Dhiya steady jerk layan tido..

Semoga hingga ke syurga. InsyaAllah..

Tahun ini sambut Aidilfitri kat Besut sebab isteri berpantang kat sana. Ini gambar dengan mertua.

Ramai-ramai tangkap gambar.

Sukanya Hadi dan Hazwan beraya sebab dapat puasa banyak hari. Tahniah anak-anak abah.

Acara pemberian saguhati oleh Encik Tajul kepada Puan Nurhuda. 

Baju raya hari kedua. Memang melaran sungguh anak dara seorang nie.


No Response to "Selamat Hari Raya Aidilfitri"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...