Tuesday, August 27, 2013

Syiah yang dibongkarkan

0
     Alhamdulillah, sekarang nie makin banyak pulak penerangan dan penjelasan berkenaan syiah di Malaysia. Kalau diperhatikan kita boleh dapati penerangan tentang syiah nie dari radio, tv, suratkhabar, majalah, surau, masjid, internet dan berbagai lagi. Sehinggakan mimbar-mimbar masjid juga memperkatakan tentang syiah dalam khutbah jumaatnya. Terus-terang aku katakan, ini adalah satu usaha yang baik dan aku menyokong usaha ini.

     Meminjam kata-kata Ustaz Hasrizal, orang-orang syiah ini sangat sinonim dengan kelakuan “mengganggu yang hidup dan memfitnah yang mati”. Mengganggu yang hidup kerana golongan syiah ini sangat cenderung membawakan kisah-kisah palsu yang boleh menggoyangkan akidah ahli sunnah wal jamaah. Memfitnah yang mati pula kerana mereka ini cenderung sekali memfitnah para sahabat nabi yang telah lama pergi sehingga ke peringkat mengkafirkan para sahabat tersebut.

     Mendengar atau membaca kisah-kisah palsu para sahabat yang dibawa oleh syiah ini memang sesuatu yang mengasyikkan. Cerita yang bersandarkan kepada hadis dhoif dan musykil yang kemudiannya dikatakan hadis mutawatir serta tafsiran Al-Quran dan hadis yang menyeleweng adalah perkara lumrah yang dapat kita temui dalam perdebatan dengan golongan syiah ini. Fakta sejarah yang dinukilkan dalam Kitab Tarikh Al-Tabari juga telah diambil secara batil dan dijadikan sandaran hujah-hujah.

     Mujurlah sekarang ini telah banyak penerangan yang dilakukan oleh golongan alim ulama’ dari ahli sunnah wal jamaah yang lebih arif berbanding kita orang awam. Memang perkara ini sangat perlu untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dalam agama. Sesungguhnya, syiah adalah satu golongan yang keliru dalam agama.

     Surau kat Bandar Springhill pun, ada menjemput aku sejak dari bulan Ramadhan hari tuh untuk memberikan penerangan berkenaan syiah ini kepada para jemaah. Sayangnya, hingga sekarang pun aku masih lagi tak berkesempatan untuk tujuan itu. Ditambah pulak ada baby baru dalam family, takut jugak aku untuk mengikat janji dengan mana-mana pihak. Takut tak tertunai nanti, aku jugak yang serba-salah. Sebab itulah aku bersyukur bila ada penerangan mengenai syiah ini di mana-mana. Sekurang-kurangnya pun, sudah tidak menjadi fardhu lagi ke atas aku yang kurang pengetahuan nie untuk menyampaikannya. Hehehehe…


     Hmmm…sebut pasal penerangan secara besar-besaran nie, Sinar Harian ada mengambil gambar dari blog ini di bawah tajuk Dialog Sunni Syi'ah dan disiarkan secara online dalam website disini. Gambar ini juga digunapakai oleh beberapa blogger lain untuk tujuan penerangan mengenai syiah ini. Alhamdulillah, jika baik tujuannya…aku berharap beroleh pahala dari sisi Allah. Tapi jikalau tujuannya menyimpang, sesungguhnya aku berlepas diri dari kejahatan itu.


No Response to "Syiah yang dibongkarkan "

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...