Bila tanya kat Hafiz, "Hafiz nak adik tak?"
"Na nak" sambil geleng-geleng kepala.
"Hafiz nak jadi abang tak?"
"Na nak" sambil gelelng-geleng kepala lagi.
Ntah dia paham ke tidak dengan soalan tuh. Yang dia tahu cuma geleng kepala ja. Dia tak tau tak lama lagi dia nak jadi abang dah. Lepas nie takhta anak bongsu dah tak dapat kat dia lagi dah la..hehehe...
Minggu nie kira dah 26 minggu dah wife aku mengandung. Kami tak pi tengok pun apa jantina anak kali nie. Kalau dapat lelaki lagi, tak tau la apa lagi Tajul yang kami nak masukkan dalam surat beranak. Kalau dapat perempuan pulak, rasa gabra jugak aku mengenangkan cabaran anak perempuan apabila dia dewasa nanti. Apa-apa hal pun, kami sangat bersyukur dengan anugerah nie.
Hadi dan Hazwan dilahirkan di Hospital Kerajaan dan berbidankan doktor dan jururawat perempuan Islam. Hafiz dilahirkan di Hospital Seremban Specialist berbidankan seorang doktor lelaki Islam. Waktu doktor lelaki tuh seluk jari untuk check berapa jalan dah bukak, aku jadi terkedu sekejap. Macam tak percaya ada seorang lelaki lain yang bukan mahram tiba-tiba seluk tangan ke bahagian sulit wife aku di depan mata aku.
Waktu dia seluk lagi untuk pecahkan ketuban, aku rasa berderau sungguh darah dalam badan aku nie. Ikutkan hati, mau pecah muka doktor tuh aku kerjakan. Berbulan-bulan jugak ayik terkepalkepal ja tangan aku bila mengenangkan balik peristiwa dalam labour room tuh.
Kali nie aku berhajat agar wife aku bersalin dengan doktor perempuan Islam. Masalahnya, cuma ada seorang sahaja doktor perempuan Islam yang bekerja dalam hospital swasta. Doktor Intan nie menjadi rebutan ramai orang Islam. Dalam tuh pulak, Doktor Intan nie sibuk dengan penulisan artikel la, seminar la dan berbagai lagi. Cakap-cakap dari mulut orang-orang yang pernah berurusan dengan Doktor Intan nie di labour room memang banyak yang negatif dari positif. Doktor Intan selalu kalut kerana kesuntukan masa. Makanya, judgement dia agak mendebarkan. Silap-silap, bukan Doktor Intan pun yang sambut kelahiran anak-anak kecil nie.
Entah la, kalau sekali lagi dengan doktor lelaki Islam tuh...aku takut aku plak yang buat sesuatu yang bodoh pulak nanti. Hmm...
~Jejaka Keliru~
Sunday, March 13, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 Response to Update lain plak
omaigod. the only reason aku berkira-kira nak mengandung lagi adalah sbb itu! aku tak pernah tau, orang mengandung akan diceroboh sbb nak check jalan bukak ke tak. Walaupun haritu perempuan yg check, doctor and midwives, aku rasa violated sangat! aku rasa sgt tak comfortable and teringat2 sampai sekarang, aku tak suka, feel violated! ini kan pula kalau doktor lelaki!
itu la pasal...aduyai...!!
apiz gigi kuning da.... eeish... x gosok gg k???
yang kuning tuh, ubat gigi ler....hahahahaha
Post a Comment