Pemikiran kita banyak dicorakkan oleh pemikiran barat. Dari
cara pemakaian, pemakanan, perhubungan hinggalah kepada cara pemerintahan
banyak yang kita contohi dari barat. Bukannya salah Barat (walaupun Barat
memang bertujuan untuk buat begitu) tetapi kitalah yang bertanggungjawab ke atas
pilihan kita sendiri.
Kita ambil contoh satu isu.
Sebenarnya, dari mana pemikiran yang mengatakan berkahwin
dengan kanak-kanak adalah tidak dibenarkan? Siapa yang mengharamkannya? Bila
pulak kahwin dengan kanak-kanak itu satu perkara haram?
Kalau kita fikir-fikir balik, bukankah itu semua berasal
dari barat? Tetapi bagus jugak kalau wujud penentangan yang sebegini. Ianya
boleh dijadikan kayu ukur tentang keyakinan kita kepada Nabi Muhammad SAW.
Kalau kita yakin pada baginda, maka kita harus mempertahankan tindakan Nabi
ini. Ini kerana, Nabi Muhammad SAW tidak melakukan sesuatu yang sis-sia
melainkan itu adalah perintah Allah sendiri. Allah menguji hati orang-orang
yang beriman dengan ujian ini.
Apa maksud yakin? Andaikan kita sedang memandu kereta dalam
satu perjalanan dari Ipoh ke Kuala Kangsar. Tiba-tiba ada sebuah kereta dari
arah bertentangan memberikan ‘high beam’ kepada kita. Dengan serta-merta kita
akan memperlahankan kereta kita kerana kebiasaannya itu adalah tanda ada ‘speed
trap’ di hadapan. Padahal kita tak tengok pun adanya ‘speed trap’ dengan mata
kita sendiri. Tapi kita perlahankan jugak kenderaan kita.
Maka, itulah yakin. Kita tak lihat pun tapi kita yakin
adanya ‘speed trap’ kat depan. Kalau kita dah lihat, maka bertukarlah ia dari
yakin menjadi percaya. Kita dah lihat, baru kita percaya.
Begitulah jugak dengan halnya Nabi Muhammad SAW. Kita
sebagai umat yang jauh dari baginda, kita sebenarnya yakin pada ajaran yang
dibawa oleh baginda. Kita tak lihat pun cara Nabi berpakaian, cara Nabi
bertutur, cara Nabi bergaul dan macam-macam lagi cara kehidupan Nabi. Kita
membacanya dari teks orang-orang terdahulu. Kita ikut Nabi kerana baginda
adalah contoh teladan yang terbaik untuk manusia seluruhnya.
Tapi barat enggan akur pada semua itu. Sedaya-upaya, mereka
akan memutar-belitkan sesuatu perkara agar keyakinan kita runtuh dan menjadi
seperti mereka. Dengan propaganda yang mereka ciptakan, mereka menyebarkan
fitnah kerena mereka suka jikalau kita bermusuhan sesama sendiri. Melainkan
kita menggunakan pemikiran kita yang waras dan tidak terikut-ikut dengan
pembohongan mereka, maka tidak ada harapan untuk kita bersatu-padu.
Semalam adalah hari Arbaeen. Hari Arbaeen adalah penting
untuk golongan Syiah kerana Arbaeen adalah hari ke-40 setelah hari kematian
(syahid) Saidina Hussain AS (cucu Nabi Muhammad). Berjuta-juta golongan Syiah
akan berkumpul di Masjid Al-Hussain di Karbala sebagai memperingati kematian
beliau. Orang-orang Melayu juga banyak yang mengamalkan memperingati kematian
pada hari ke-40, tahlil malam ke-40 dan
sebagainya. Besar kemungkinan, kita meminjam amalan golongan Syiah ini dan
menjadikannya amalan agama kita tanpa kita sedari.
Kalau kita buat carian mengenai Arbaeen melalui internet
hari ini, kita akan banyak bertemu dengan topik-topik berkaitan serangan sunni
ke atas syiah pada hari Arbaeen. Yang melaporkan topik-topik tersebut adalah
datang dari akbar-akhbar elektronik barat contohnya International Herald
Tribune, Reuters dan macam-macam lagi. Akhbar-akhbar ini pula menjadi rujukan
kepada akhbar-akhbar tempatan. Makanya, akhbar-akhbar kita juga menjadi
penyebar kepada berita-berita berdarah ini.
Barat gemar melaga-lagakan umat Islam dengan menggunakan isu
mazhab. Hari Arbaeen adalah hari yang bukan hanya dinanti-nantikan oleh Syiah
tetapi oleh barat juga. Jikalau kita buat carian “Sunni attack’, kita akan
bertemu, Sunnis attach Shiites. Kalau kita cuba cari sebaliknya iaitu “Shiite
attack”, kita akan bertemu pula Shiites attacked by Sunnis. Satu propaganda
yang sangat berat sebelah. Menggambarkan Syiah sebagai umat yang tertindas dan
Ahli Sunnah Wal-Jamaah (ASW) sebagai pembunuh. Inilah point yang digunakan oleh
golongan Syiah kontemporari untuk menjatuhkan ASW dan sekaligus menyebarkan
fahaman mereka. Padahal banyak lagi
cerita tentang kebaikan dan keriangan sambutan Arbaeen yang boleh dilaporkan.
Namun barat lebih cenderung melaporkan cerita serangan berdarah yang dipercayai
dilakukan oleh golongan ASW. Dipercayai…bukannya pasti. Berita yang hanya berdasarkan
andaian sahaja. Barat dan kekuatan medianya, terus menipu dan melaga-lagakan
umat Islam. Kita terperangkap dalam kekalutan sesama kita.
Kita akhirnya bersengketa kerana percaturan barat. Kita
bersengketa kerana kita ikut telunjuk barat. Maka benarlah sebagaimana yang
pernah Nabi Muhammad SAW katakan
Daripada Abu Said Al-Kudri ra berkata : Bahawasanya
Rasulullah SAW bersabda :" Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat
sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau
mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat
bertanya, " "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau
maksudkan?" Nabi SAW menjawab, " Siapa lagi kalau bukan mereka".
No Response to "Kita dan Barat"
Post a Comment