Wednesday, January 25, 2012

Membesar dan Belajar.

0
     Tahun nie, rutin diwaktu pagi agak berbeza dengan tahun lepas. Kalau sebelum nie, setiap pagi aku akan hantar Hadi dan Hazwan ke tadika sebab depa belajar di tadika yang sama. On the way aku nak pi kerja tuh, kami akan naik la motor sama-sama. Kadang-kadang naik motor, kadang-kadang naik kereta. Kebiasaanya, aku akan singgah kat gerai kuih tepi jalan dulu setiap pagi. Aku akan suruh Hadi dan Hazwan pilih kuih mana yang depa rasa nak makan. Hazwan suka kuih lapis, Hadi pulak suka makan pau inti kelapa. Lepas selesai membeli, barulah kami akan ke tadika. Begitulah rutin hari-hari kami bertiga diwaktu pagi.

     Tahun nie dah lain. Hadi dah masuk darjah satu, makanya Hadi kena pi sekolah awal berbanding Hazwan. Hazwan pulak, kena tukar tadika tahun nie sebab Tadika Ilmu Amal dah tutup. Cikgu dia dah pindah ke Nilai sebab ikut suami. 

     Setiap pagi, aku hanya mampu hantar Hadi seorang sahaja ke sekolah. Aku tak hantar Hazwan sebab kelas Hazwan start jam 8.30 am. Kesian la pulak nak suruh Hazwan tunggu dari jam 715 am kat depan sekolah dia tuh. Cikgu Hazwan pun, kalau tak 8.15 am memang tak sampai kat tadika lagi. Sudahnya, Hazwan lepak kat rumah jiran aku sampai la van sekolah sampai untuk bawak dia ke tadika. 


     So, perubahan yang terbaru nie masih lagi okay untuk Hadi. Paling-paling tidak, aku masih lagi dapat waktu bersama sepanjang perjalanan ke sekolah tuh. Untuk Hazwan pulak, aku rasa Hazwan la yang  paling kesian sekali. Dah la kena masuk tadika baru, aku pulak tak dapat hantar dia ke sekolah macam sebelum nie. Kalau sebelum nie, dia enjoy sangat kalau dapat beli kuih dan dia sangat baik dengan cikgu Tadika Ilmu Amal tuh, tapi tahun nie dia kehilangan kedua-dua perkara tersebut serentak. Aku dapat tengok perubahan sikap dia seminggu dua nie. Dia jadi macam terlebih nakal dari kebiasaan. Dia lebih banyak menjerit-jerit kalau bercakap dengan aku seolah-olah nak kan perhatian dari aku. Aku pulak dek kerana kebodohan aku, pada mulanya aku terasa offended dengan percakapan suara tinggi dia. Tapi bila dipikir-pikir balik, aku jadi kesian dengan Hazwan. Mungkin dia terasa macam dia ditinggalkan kot. Semua adik-beradik dia sama ada mak yang hantar atau abah yang hantarkan ke sekolah tapi dia, dia sorang ja yang kena naik van sekolah waktu pagi. Takdak lagi beli-beli kuih, takdak lagi pusing-pusing naik motor. 

     Hmmm...itulah ceritanya. Kadang-kadang, kita terasa kita tak berlaku adil pada anak-anak kita. Tapi kita kena ingat yang kita nie bukannya superman. Adil dan sama rata adalah dua perkataan yang berbeza. Jikalau kita nak bagi sama rata kepada semua anak-anak kita pada setiap masa maka kita akan melakukan perkara yang sia-sia. Kita beli songkok kat anak lelaki, maka untuk menjadi sama rata kita juga terpaksa beli songkok kat anak perempuan la. Barulah sama rata. Tapi bila kita bersikap adil, kita belikan songkok kat anak lelaki dan tudung untuk anak perempuan. Kerana adil maksudnya ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tak sama kita didik anak yang nakal dan anak yang patuh sebab kedua-duanya memerlukan cara didikan dan layanan yang berbeza.

         Aku berharap masalah nie tak berlanjutan. Aku selalu disuapkan dengan gambaran negatif hasil dari kurangnya perhatian ibubapa kepada anak-anak. Aku akan cuba beri perhatian kat Hazwan dalam cara yang lain pulak. Mungkin aku perlu bergusti dengan Hazwan sebab dia suka sangat bergusti dengan orang. Janganlah tulang aku yang patah pulak nanti..hehehehe...

No Response to "Membesar dan Belajar."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...