Tuesday, April 3, 2012

Mungkin inilah sebabnya.

0
     Selepas balik dari Besut tempah hari, aku pernah terdetik dalam hati untuk melaksanakan ibadat umrah secepat yang mungkin. Aku bercadang untuk menunaikan umrah pada tahun hadapan. Tahun yang aku rasakan sesuai kerana Husaini pun dah menjangkau usia 2 tahun. Tahun depan jugak, kemungkinan besar pengajian master aku pun mungkin dah selesai. Sesuai sangatlah rasanya. Hal duit, InsyaAllah...adalah sedikit sebanyak, cukuplah untuk belanja 2 orang pergi ke sana. Itu sahaja laa..

     Baru jer hati aku terdetik nak menunaikan umrah tahun hadapan, tiba-tiba aku ditawarkan peluang untuk bekerja di China. Selalunya, pakej kerja di China yang ditawarkan oleh Lotus agak ok jugak walaupun banyak celanya. Tapi, kalau nak dibandingkan bekerja di Malaysia...kontrak bekerja di China lebih lumayan lagi. Makanya, jikalau aku bercadang untuk menunaikan ibadah umrah tahun hadapan...nampak gayanya duit bukanlah masalah lagi. Baru sahaja berhajat, tak semena-mena rezeki pun datang. Apa maksudnya tuh..??

     Kemudian, bila sahaja aku dah tandatangan kontrak untuk secondment to China, ada pulak kawan aku yang tak semena-mena menasihatkan aku. "Simpanlah duit tuh, nanti boleh ke Mekah untuk buat umrah ataupun haji". MasyaAllah, it just came out of the blue and somehow it is like a dejavu. Apa maksudnya tuh...??

     Dan lagi, nak dijadikan cerita kepada semua ini. Kakak aku pulak telefon. Dalam perbualan tuh, kakak aku cakap dia ada hajat nak sponsor aku buat umrah bersama-sama dengan abah dan mak aku. Disebabkan aku terpaksa bekerja di China, dia cakap dia postponed dulu plan nak ke umrah nie hinggalah aku balik nanti. Semunya kerana dia cakap dia dah berhajat nak sponsor aku buat umrah di Mekah. MasyaAllah, semuanya datang dalam masa yang sangat singkat. Apa maksudnya tuh...??

     "This is it"..... itulah yang bermain dalam kepala aku. Semuanya bagaikan memberi alamat kepada apa yang aku hajatkan. Terus-terang cakap, aku bukanlah calon tetamu rumah Allah yang terbaik. Bahkan, jauh sekali aku ini sebagai insan yang baik. Tapi, jikalau ada jemputan dariNya ke sana...dungulah aku untuk menolak pelawaan semulia itu.

     Dalam pada masa yang sama, aku jadi takut jikalau aku memungkiri janji aku sendiri. Sekarang nie mungkin iman di dada tengah waktu pasang. Nanti, bila duit banyak di depan mata, mungkin iman tengah surut sesurutnya. Aku risau, aku buat menda lain pulak dengan duit tuh. Moga teguhlah iman di dadaku.

يامقلب القلوب ثبت قلبي على دينك
'Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik'
Artinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.”
[HR.Tirmidzi 3522, Ahmad 4/302, al-Hakim 1/525, Lihat Shohih Sunan Tirmidzi III no.2792]

Begitulah lemahnya manusia. Hinggakan untuk menjaga hati sendiri pun kita perlu minta pertolongan dari Dia. InsyaAllah, kali ini aku boleh merancang untuk membawa isteri dan anak-anak aku juga ke Mekah nanti. InsyaAllah... InsyaAllah... InsyaAllah...


No Response to "Mungkin inilah sebabnya."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...