Walaupun 2 minggu lagi nak balik, tapi excited nak balik tuh dah lain macam. Contohnya macam hari ini. Hari ini aku ber'shopping' sakan dan kalau nak diambli kira sepanjang hidup aku nie, hari ini merupakan sejarah sebab first time aku beli beli kain pasang dalam kuantiti agak. Asalnya, nak bagi-bagi dengan adik-beradik dan jiran terdekat sahaja. Alih-alih, macam banyak pulak yang mintak suruh bawak balik kain untuk dijual sebelum bulan Ramadhan nie. Kebetulan pulak, memang aku akan balik melenggang sahaja. Maka, ada baiknya jugak aku sumbat dengan benda-benda yang agak berfaedah sikit. Kalau ada keuntungan, maka itu dikira bonus. Kalau takda keuntungan, maka itu aku kira sebagai cenderahati sahajalah. Tapi dengan harga dan kualiti kain yang aku dapat, InsyaAllah...aku rasa akan ada keuntungan serba sedikit dari jualan kain nie.
Kain silk cotton
Silk cotton lagi
Kain cotton sahaja
Cotton lagi
Cotton gak...
Cotton yang tebal sikit
Aku beli kain nie dengan harga yang murah. Nak kata aku ambil direct from the source, tak jugak. Sebabnya, kalau nak ambil direct from the source, tak boleh ambil kain pasang. Kena ambil segulung-segulung macam tuh. Tapi, walaupun ambil kain pasang..aku still dapat harga yang murah jugak. Tak tahulah berapa agaknya harga semeter kain tuh kalau aku ambil segulung terus.
Terima kasih aku ucapkan kepada wife Din dan wife Amin kerana sudi menjadi pakar runding dalam memilih jenis dan corak kain yang besesuaian. Kalau nak harapakan aku sorang, for sure kena gelak dengan wife aku punya. Ada ker dia cakap aku punya taste macam taste orang tua. Ces..!!
Disebabkan aku rasa confident dengan nasihat pakar runding aku, maka ada lagi 35 pasang gambar kain yang aku masih tak 'upload'kan dalam blog nie. Hehehe...Terima kasih sekali lagi kepada wife Din dan wife Amin. Memang beraya sakan la orang Malaysia tahun nie. InsyaAllah.
3 Response to Hari Membeli Kain
mana nak dpt kain segulung terus?
ada jumpa kat Fu Tian...memang banyak kat sana
satu gulung berapa meter ?
Post a Comment