Khamis minggu sudah, terlerai habis segala kekusutan dalam kepala aku mengenai final exam. Dengan muka yang paling gabra, itulah rasanya saat yang paling aku tak confident langsung nak ambil peperiksaan. Tak pernah lagi aku rasa macam nie punya gabra. Kebetulan pulak, ada dua paper dalam hari yang sama. Satu diawal pagi dan satu lagi hampir lewat petang jugak. Alhamdulillah, aku dapat jawab semua soalan yang diberi. Setakat nie, aku rasa jawapan yang aku bagi adalah jawapan yang munasabah dan boleh diterima selayaknya sebagai jawapan. At least, itulah yang aku rasa. Tak tahulah pulak macam mana perasaan lecturer terhadap jawapan bertulis aku tuh. Apa-apa pun, exam dah selesai dan aku boleh plan untuk perkara selanjutnya.
Alhamdulillah...dah selesai final exam.
Kelulusan cemerlang dalam master nie adalah perlu bagi aku. Bagi aku, ini adalah persimpangan hidup aku sebagai insan. Jikalau result aku sangat bagus, berkemungkinan aku akan beralih-alih arah pulak untuk menjadi tenaga pengajar untuk mana-mana IPTA atau IPTS dalam Malaysia. At least, dengan kelulusan cemerlang, aku dapat mewujudkan pilihan dalam hidup aku. Pilihan sama ada untuk meneruskan kerjaya sebagai seorang jurutera ataupun sebagai seorang tenaga pengajar dalam bidang jurutera. Bila ada pilihan, barulah aku tak rasa tertekan dan rasa sedikit selamat. Kita takkan tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan, kita hanya mampu membuat persediaan sahaja.
Selain tuh, aku rasa bidang mengajar nie adalah bidang kerjaya yang sangat mulia. Apatah lagi apabila perkara yang diajarkan adalah perkara manfaat untuk manusia semuanya. Memandangkan diri aku banyak sangat melakukan perkara lagho dalam hidup, aku rasa perlu sangat untuk buat pahala sebanyaknya sebagai mengimbangi kehidupan aku nie. Supaya nama aku tidak tercicir dari senarai orang-orang mukmin.
Selain tuh, aku jugak perasan yang anak-anak cikgu nie memang bagus-bagus belaka. Pada pandangan masyarakat, kerjaya cikgu nie kiranya kerjaya yang biasa-biasa sahajalah. Itu dari segi sosialnya. Di sisi Allah AWJ, aku rasa kerjaya cikgu nie sangatlah berkatnya. Sepanjang pemerhatian aku, anak-anak cikgu nie memang menjadi. Takdak pun hantar ke Kumon, Speed Reader berbagai, cuma belajar kat rumah ja. Tapi bila dah besar, anak-anak memang menjadi. Aku sangat merasakan perkara ini ada hubungkaitnya dengan kerjaya murni seorang guru mengajar ilmu yang bermanfaat dengan ikhlas. Aku sangat kagum pada cikgu.
Punyalah banyak keberkatan yang cikgu dapat sampai melimpah kat anak-anak sekali. Punyalah aku cemburu pada orang yang mendapat keberkatan itu sehingga aku juga tengah berusaha menjadi seperti mereka. Nak jugak dapat berkat, nak jugak buat pahala sebagai bekalan. Moga aku fokus. Moga aku konsisten. InsyaAllah....
No Response to "Hari-hari selepas exam"
Post a Comment