Monday, April 22, 2013

Begitulah Kebesaran-Nya

0
     Lama rasanya tak update blog. Seperti yang aku duga, tahun ini bakal menjadi tahun yang mencabar untuk aku sekeluarga. Tak sangka betul pulak telahan aku, hinggakan nak update blog pun dah berkali-kali hajat tertunda. Tapi malam nie, nak update jugak sikit. Mencatatkan pengalaman baru yang sangat bermakna dalam hidup.

     Lama jugak rasanya aku memendam cita-cita untuk ke Tanah Suci Mekah. Daripada tahun lepas lagi, hati dah berkobar-kobar untuk melakukan umrah dan ziarah kedua-dua tanah Haram Madinah dan Mekah. Perkara ini aku pernah catatkan dalam blog aku sebelum nie bertajuk "Mungkin inilah sebabnya". Maha Suci Allah diatas segala sesuatu, akhirnya aku dan isteri aku dijemput jugak menjadi tetamu di rumah-Nya. Subhanallah.

     Menanti kapalterbang di Airport Senai

Alhamdulillah, wife ikut sekali. 

         Kami berdua mengikuti umrah dibawah kelolaan Tiram Travel Sdn. Bhd. Sebenarnya, aku tak study secara detail pun travel agency yang bakal aku pilih kerana Pengerusi surau taman aku nie memang seorang mutawwif dari Tiram Travel. Aku hanya berpandukan penerangan dari dia sahaja dan tiba-tiba sahaja terus jadi. Hal-hal kursus umrah pun berlangsung di surau taman aku juga. MasyaAllah, sungguh mudah rasanya. Sengaja aku tidak memperbesar-besarkan hal ini kerana takut-takut tak jadi. Kira-kira 2 minggu lagi nak pergi, barulah ibubapa aku di Alor Setar dapat tahu akan perancangan kami. Berbakul-bakul pesanan dan nasihat dari ibubapa aku. Tampak pada wajah diorang sangat rindu pada 2 Tanah Haram itu.

     Disebabkan jemaah Tiram terlalu ramai sehingga mengjangkau 300 lebih untuk umrah kali ini, sebuah pesawat Boeing 747 telah pun di cartar oleh Tiram Travel. Mungkin sebab sewa di airport Senai lebih murah dari KLIA, maka Senai pun menjadi pilihan pihak pengelola untuk tempat berkumpul dan berlepas. Kami bertolak jam 8.00 malam dari Senai dan 8 jam kemudian, kami sampai di Jeddah. Kira-kiranya jam 1.00pagi waktu tempatan. 

Airport Jeddah jam 1.00pagi

     Perjalanan diteruskan ke Madinah dengan menaiki bas selama 6 jam. Sepanjang perjalanan itu, aku dan wife aku hanya tidur sahaja kerana keletihan. Lagipun, di kiri dan kanan jalan hanya ada tanah lapang gurun sahaja. Takdak benda pun yang dapat dilihat.

     Kemudian, bas berhenti di kawasan yang kami istilahkan sebagai "RnR" untuk sembahyang subuh. Sebelum ini, ramai yang memaklumkan kepada aku dan wife bahawa "...selesaikanlah hal-hal berkaitan toilet di airport Jeddah dahulu kerana RnR kat tanah Arab nie kotor. Bawak air wuduk sendiri siap-siap untuk mengelakkan diri dari masuk toilet tuh". Memang betul tandas di RnR tuh kotor tapi syukur jugak aku dan wife pernah hadapai keadaan yang lebih getir lagi di China dahulu. Alhamdulillah, mudah sahaja untuk kami menerima keadaan itu. Mungkin jugak pada ketika itu kamilah bas yang terawal sekali sampai. Makanya, tandas belum betul-betul kotor lagi. Walau bagaimanapun, itulah pengalaman pertama berjemaah subuh di tanah Arab.

Pagi di "RnR"

Kami sehati dan sejoli. Tak madi dan tak berus gigi.  Hehehehe..

          Perjalanan diteruskan lagi. Kali ini, matahari sudah timbul dan bumi tandus ini mulai diterangi dengan cahayanya. Aku dan wife aku mulai dapat menikmati pemandangan berbukit-bukit dan berbatu-batu muka bumi Madinah ini. Sangat kontang dan sangat berbatu. Terkenang perjalanan Nabi bersama Saidina Abu Bakar ketika hijrah ke Madinah. Kalau kita tengok muka buminya, memang hijrah Nabi itu sebuah perjalanan yang sangat sukar dan mencabar. Kesian Nabi...Kesian Abu Bakar...

Antara RnR lain yang ada dipertengahan gurun.

Pemandangan higway dari dalam bas. Sayup mata memandang.

     Kemudian, kami mulai nampak signboard yang menunjukkan jalan-jalan menuju ke Kota Madinah Al-Munawarah. Excited sungguh rasanya. Tak tahulah apa yang bakal "disajikan" oleh Madinah kepada kami. Kami mengharapkan kemudahan pada setiap urusan.

Jalan masuk ke Madinah

Mulai kelihatan bangunan-bangunan kediaman berwarna putih dari jauh. Memang benar bahawa Madinah ini dikelilingi oleh bukit-bukit.

Memasuki Kota Madinah yang sesak dengan kereta dan bangunan tinggi. Dari jauh dah nampak menara masjid. Cuma lagi tak pasti masjid apakah itu.

     Alhamdulillah, setelah beberapa kali masuk simpang dan masuk simpang, kami akhirnya sampai juga ke kawasan hotel penginapan kami. Nama hotel-nya...Orchid Al-Salam. Hotel biasa-biasa sahaja. Asalkan ada tempat tidur dan mandi pun dah cukup syukur. Hotel pun boleh tahan jugak dekat dengan masjid. Tak sangka sungguh kami dapat sampai jugak akhirnya ke Madinah. Di sinilah Islam berkembang dan di sinilah jasad Nabi yang mulia itu disemadikan.

Barangsiapa mengerjakan haji (dan umrah) maka menziarahi kuburku sesudah wafatku ada (baginya) seperti menziarahiku ketika hidupku. Hadis riwayat at-Tabrani, al-Baihaqi, Abu Sheikh, Ibnu Adi dalam kitab Kanzil Umal.

Kelihatan Masjid Nabawi dari kawasan hotel kami. Alhamdulillah dekat jaraknya.

Ini pulak gambar dari arah yang bertentangan dengan gambar atas.

     Hari pertama berjalan dengan lancar. InsyaAllah aku akan sambung lagi entry nie dimasa yang lain. Ada beberapa blog lain yang aku tengok memaparkan gambar-gambar dalam Masjid Nabawi dengan banyaknya. InsyaAllah, nanti aku share kan jugak.

No Response to "Begitulah Kebesaran-Nya"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...