Membaca sejarah-sejarah Nabi bersama para sahabat baginda selalunya akan timbul rasa cemburu dalam hati. Cemburu kepada para sahabat Nabi yang sangat beruntung kerana dapat hidup dan sekaligus dapat berjuang bersama-sama Nabi untuk agama Islam ini. Ramai dari para sahabat Baginda yang dijanjikan syurga walaupun mereka masih hidup ketika itu. Nabi juga memberikan penghormatan yang tinggi kepada pejuang-pejuang perang Badar seramai 313 orang itu. Sungguh cemburu rasanya. Tapi bila dah sampai di Bukit Uhud dan melihat kawasan di mana jenazah Saidina Hamzah dikebumikan, terasa seperti memang tak layak untuk berjuang bersama-sama Nabi. Jikalau aku hidup pada zaman Nabi masih ada dan berjuang bersama Baginda, aku rasa mungkin aku ini hanya akan menjadi beban sahaja dalam mana-mana peperangan yang ada. Sebabnya, muka bumi Madinah dan cuacanya memang sesuatu yang agak ekstrem bagi aku. Itu baru pergi untuk 3 hari sahaja. Kalau pergi ke Madinah untuk berperang, tidak ada perkataan yang dapat aku ucapkan. Hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Jabal Uhud yang panas, berbatu dan saksi kepada syahid-nya bapa saudara Baginda.
Kawasan syuhada yang dipagar.
'Uhud' datang dari perkataan 'Ahad' yang bermaksud tunggal. Bukit tunggal yang kecik itulah yang menjadi pos untuk pasukan pemanah umat Islam yang kemudiannya ditawan oleh tentera kafir. Pada ketika itu dikepalai oleh Khalid Al-Walid yang belum lagi memeluk Islam.
Kemudian kami ke Masjid Quba'. Ini adalah masjid yang pertama sekali dibina dan ianya dibina dengan ikhlas oleh Nabi Muhammad sendiri. Jikalau kia datang ke masjid ini dalam keadaan berwuduk dari tempat kediaman kita, kita akan memperolehi satu kali umrah.
Masjid Quba' yang menjadi tempat perhentian Nabi sebelum masuk ke
Kota Madinah sewaktu peristiwa Hijrah.
Kemudiannya, kami ke kilang pencetakkan Al-Quran. Sungguh besar kilang ini dan sangat bersih sekali keadaannya. Kami hanya setakat dibenarkan samapi ke beranda kilang sahaja. Tidak dibenarkan berjalan-jalan di production line. Kagum jugak aku dengan daily production capacity yang disebutkan oleh mutawwif. Berpuluh ribu naskah jugak dalam sehari. Namun, kebanyakkan dari Al-Quran ini adalah diberi secara percuma sahaja dan sebahagian kecil sahaja untuk dijual. Kami jugak dapat Al-Quran percuma seorang satu. Al-Quran yang sangat tinggi kualitinya ini juga diberi secara percuma kepada setiap pengunjung yang datang, dan memang banyak pun penunjung yang datang setiap hari ke kilang ini.
Dalam kilang Al-Quran. Walaupun tak dibenarkan ambil gambar,
tapi degil jugak nak ambil gambar. Hehehehehe.
Selesailah sudah ziarah sekitar Madinah. Keesokan harinya, kami berangkat ke Mekah Al-Mukarramah pula untuk menunaikan hajat yang lama terpendam. Dari Masjid Bir Ali lagi kami sudah pun berniat umrah dan ihram. Sepanjang 6 jam perjalanan ke Mekah, kami isi dengan talbiah kerana menyahut panggilan Allah. Syukurlah, hajat untuk ke Mekah sudah hampir tercapai dan hanya beberapa jam sahaja lagi untuk sampai. Hati berdebar-debar dan sangat mengharapkan umrah yang maqbul.
Di hadapan Masjid Bir Ali. Baru selesai menunaikan solat sunat ihram.
Mekah...here we come. Laibaikallah hummalabaik....
No Response to "Ziarah sekitar Madinah"
Post a Comment