Tuesday, April 23, 2013

Madinah Al-Munawwarah - Kota Yang Bercahaya

0
     Kota Madinah ini memang pelik sedikit cuacanya. Keadaan cuaca diluar memang terik seperti waktu tengahari di Malaysia tapi bila berada dalam bilik, keadaanya sejuk secara semulajadi. Sepanjang 3 hari kami berada di Madinah, memang kami tak hidupkan air-cond dalam bilik. Dah memang sejuk secara semulajadi hinggakan tidur diwaktu tengahari pun kena pakai selimut jugak. Aneh sungguh.

     Udaranya pulak kering. Peluh di badan akan jadi cepat kering dan tak sempat meresap ke dalam baju. Makanya, bau baju dan bau badan tak pernah busuk selama kami di Madinah. Rasa sungguh selesa dengan keadaan itu. Di Madinah juga ada banyak orang menjual pelbagai barangan di kawasan-kawasan berdekatan hotel. Kita sudah tak perlu bercakap dalam bahasa Arab kerana semua peniaga boleh berbahasa Melayu sekadar urusan urus niaga. Kalau tak cukup duit Riyal pun, duit RM boleh jugak digunapakai. Memang mudah bila berada di Madinah.

     Apabila mula-mula menjejakkan kaki ke Masjid Nabi...hati terasa sayu dan hiba. Mengenangkan ada jasad yang mulia berada di dalamnya bersama-sama 2 sahabatnya yang lain. Doa pun dibaca dengan dikepalai oleh mutawwif. Doa-doa dam ucapan salam kepada Nabi Muhammad SAW yang kita cintai, sahabat-sahabat baginda di sebelahnya dan juga sahabat serta ahli keluarga baginda di perkuburan Baqi'.

     Masjid ini telah pun dibesarkan demi menampung jumlah jemaah yang semakin ramai. Memang masjid ini menjadi sangat besar sekali. Pada ketika mula-mula sampai, tercari-cari jugak la makam Nabi tuh kerana tak kenal dan baru pertama kali sampai. Kemudian bila mutawwif tunjukkan jalan ke makam Nabi, kami pun masuklah beramai-ramai. Ramainya manusia yang mahu melihat makam Nabi itu sampaikan aku jadi terpinga-pinga kerana masih lagi mencari yang mana satu makam Nabi. Kawasan kubur Nabi telah pun dipagar dan hanya lubang-lubang kecil sahaja sekadar mahu melihat. Dengan keadaan orang ramai bertolak-tolah itu, memang sedikit blur la bagi orang yang pertama kali.

Antara pintu masjid yang ada. 

Makam  Nabi yang dipagar kemas.

     Alhamdulillah, bila dah kenal kat mana makam Nabi dan bila dah tahu kat mana kawasan Raudhah, aktiviti seterusnya adalah membina perancangan agar dapat bersembahyang dan berdoa di Raudhah dan dapat mendekati makam Nabi dengan lebih dekat sekali.

Nak masuk Maghrib dah nie kot. Bersama mama untuk solat berjemaah.

Kat dalam masjid memang ada banyak tiang. Silap-silap, boleh sesat jadinya.

Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Tempat yang berada di antara rumahku dan mimbarku adalah di antara taman-taman Syurga. Mimbarku berada berhampiran dengan telagaku.

     Begitulah kelebihan Raudhah iaitu, kawasan yang berada diantara rumah Nabi dan Mimbar Baginda. Inilah kawasan taman syurga yang berada di atas dunia. Masuk dan berdoalah di dalamnya. Moga-moga dimakbulkan doa kita nanti. InsyaAllah.

Waktu Subuh. Rasanya selipar aku dah hilang dah waktu tuh.

Inilah keadaan pintu masuk melewati makam Nabi. Penuh dengan orang ramai yang masing-masing mencintai Nabi dan ingin melawat Baginda.

Syuruk di Madinah. Sungguh indah.

Ini adalah kawasan tengah masjid pada waktu petang. Ada yang baca kitab dan ada yang melepaskan lelah sementara. Kalau kat Malaysia, kita tak boleh baring kat masjid.

Ada jugak kumpulan yang mengikuti pembelajaran 'tiang ke tiang'

Waktu lepas Subuh rasanya.

Suasana senja dengan camera telefon sahaja.

Inilah mimbar Nabi. 

     Tak banyak gambar yang aku ambil semasa di dalam masjid kerana tidak dibenarkan dan aku pula malas nak menggangu orang lain. Tapi ada satu blog yang aku baca memang penulisnya mengambil banyak gambar-gambar cantik dalam masjid. Cantik sungguh gambarnya. Boleh rujuk blog nie Maria Firdaus. Nyesal pulak rasanya tak ambil gambar banyak-banyak.

No Response to "Madinah Al-Munawwarah - Kota Yang Bercahaya"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...