Monday, May 2, 2011

Dialog Sunnah Syi'ah

0
Buku asalnya dalam bahasa arab telah mencapai cetakan yang ke-20 dan berjudul Al-Muraja'at. Buku ini merupakan surat-menyurat yang berlaku antara seorang ulama besar dari kelompok Ahlus Sunnah  iaitu , Asy-Salim al-Bisyri , rektor al-Azhar pada masa hidupnya dan seorang ulama Syi'ah Lebanon, al-Imam as-Sayyid Abdul Hussain Syarafuddin yang bersambung salasilah keturunannya dengan Rasulullah SAW. Perbincangan ini berlaku di Universiti al-Azhar pada tahun 1329H namun kedua-dua ulama ini melakukan perbicangan dengan gaya menulis surat, bukannya bedebat secara bersemuka. Hasilnya, dapatlah kita ikuti dari surat pertama hinggalah surat yang ke-112 dalam buku ini dengan jelas. Sungguh berbeza cara orang yang berilmu tinggi dengan yang berilmu biasa.

Dialog ini wujud kerana kedua-dua ulama ini bersusah hati melihat kepincangan umat Islam yang semakin meruncing disebabkan perbezaan yang kecil. Tidak pernah wujud antara kedua-duanya untuk mencari siapa yang menang dan siapa yang kalah tapi kebenaranlah yang ingin dicari. Ini jelas seperti apa yang ditulis oleh Reaktor al-Azhar , asy-Syaikhul Imam Salim al-Bisyri di dalam salah satu suratnya

"....Sesungguhnya, saya tidak lebih dari orang yang ingin menyelidiki sesuatu yang berharga yang selama ini telah hilang dan demi mencari kebenaran. Dan bila nanti kebenaran itu yang tampak bagiku, itulah yang lebih layak diikuti"  

Hakikatnya, perbezaan pokok antara Sunnah dan Syi'ah terletak pada persoalan tokoh pengganti Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin umat dibidang pemerintahan mahupun bidang keagamaan. Selebihnya, perbezaan yang wujud hanyalah kepada perkara-perkara yang melibatkan penafsiran dan penetapan hukum yang sepatutnya tidak perlu sampai menimbulkan sikap saling membenci, mencaci bahkan saling mengkafirkan.

Justeru, dialog ini berkisar kepada hujah-hujah Syi'ah yang menganut mazhab Ahlul Bait dan alasan mengapa mereka berbuat demikian. Sungguh, isi kandungan buku ini amat menyegarkan minda dan sangat menarik. Cara dialog yang penuh hikmah dan hujah-hujah yang kuat, sangat-sangat membantu dalam merungkai punca perbalahan yang berpanjangan ini. Semoga kebenaran yang kita carikan itu dapat menyatukan hati-hati umat Islam yang selama ini berpecah-belah kerana perkara yang sedikit. InysaAllah.

Surah Al-Fath, ayat 29
Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya...................

No Response to "Dialog Sunnah Syi'ah"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...