Katakanlah suatu hari anak kita yang berumur 6 tahun tiba-tiba bergaduh dengan anak jiran yang sebaya. Agak-agaklah, apa tindakan kita waktu tuh?
Kalau ikutkan hati, rasanya kita akan menangkan anak kita walau apa keadaan sekali pun. Marahkan anak jiran sampai budak tuh menangis, lepas tuh sayangi anak kita seolah-olah takdak apa yang berlaku. Habis cerita, hati kita pun senang.
Tapi kalau fikir-fikir balik, apahal pulak kita nak campur hal budak-budak. Tak ka nampak macam kita nie terlebih ‘budak’ dari budak-budak? Biarkanlah budak-budak dengan hal diorang. Kita nie cuma pantau je la dari jauh kemudian kita bimbing la yang mana patut. Bagilah peluang untuk budak tuh dewasa secara fitrah. Itulah proses pembesaran namanya.
Samalah jugak macam pilihanraya kampus. Kebanyakkan mahasiswa sekarang nie tengah hangat berkempen untuk calon-calon pilihan diorang. Kebanyakkan IPTA seluruh Negara akan membuang undi pada 21 Februari 2011. Macam-macamlah lagak, gaya, karisma dsb yang ditonjolkan oleh calon untuk meraih undi. Kadang-kadang ada jugak yang terlebih kempen sampai timbul suasana kurang menyenangkan.
Biarkanlah budak-budak tuh berpolitik cara diorang. Janganlah ada campur tangan luar hendaknya. Ini tidak, memang jelas ada campur tangan dari parti-parti politik seluruh Negara dalam pilihanraya kampus. Agak aneh kalau ada mahasiswa yang tak perasan situasi nie.
Politik yang diamalkan oleh politikus kita sendiri pun dah memang kotor. Maka, janganlah disebarkan pula kekotoran itu ke dalam kampus. Kita mahu generasi pemimpin akan datang bebas dari kekotoran politik. Tidak ada fitnah, tidak ada taksub, tidak ada sombong, tidak ada superior, tidak ada isu remeh-temeh dan macam-macam tidak ada lagi sebolehnya. Kita mahukan kesatuan, bukannya pecah belah. Apalah sangat yang dapat diperjuangkan oleh mahasiswa sehingga parti-parti politik sanggup menaja wang dan tenaga untuk calon-calon pro-aspirasi dan pro-mahasiswa? Sungguh sedih dengan senario pilihanraya kampus sekarang.
Aku menulis perkara nie berdasarkan pengalaman aku jadi pemimpin pelajar di USM dahulu. Aku juga terlibat jauh dalam perkara-perkara yang aku sebutkan dalam entry kali nie suatu waktu dahulu. Hari ini, aku rasa malu dengan tindakan aku dan aku rasa, pemimpin parti politik yang terlibat juga patut rasa malu dengan apa yang sudah berlaku.
Panggilan pro-mahasiswa dan pro-aspirasi adalah platform yang wujud secara maya untuk mengkelaskan perjuangan mahasiswa. Bukan satu IPTA sahaja yang menggunakan pendekatan ini tapi seluruh IPTA dalam Negara menggunakannya. Mustahil ianya satu kebetualan. Sungguh dangkal dan cetek sekali ideologi ini apabila kita hanya ada dua golongan mahasiswa sahaja setelah mereka mendapat ijazah. Sungguh malang nasib Malaysia.
Memang wajar mahasiswa berpolitik kerana itulah proses kematangan mereka. Tapi kita sebagai orang dewasa nie, cukuplah sekadar membimbing mereka sahaja. Bukannya menanam ideologi kerana ideologi kita juga tak semenggah mana. Dan untuk mahasiswa juga, mereka akan dapat pilihanraya yang bersih jika mereka sendiri menolak pertolongan parti-parti politik ini. Semoga kita betulkan semula nawaitu kita masing-masing, Insya Allah.
No Response to "Tunjuklah teladan yang baik"
Post a Comment