Tuesday, February 15, 2011

Yakjuj & Makjuj - Bencana Di Sebalik Gunung

0
Tercatat dalam sejarah apabila suatu hari kafir Quraisy dari Mekah meminta bantuan dari Yahudi Madinah untuk bertanyakan tentang kebenaran kerasulan Nabi Muhammad SAW. Yahudi Madinah telah memberikan 3 soalan untuk ditanyakan kepada Nabi Muhammad SAW. Antara soalan tersebut ialah “tentang lelaki yang mengelilingi dunia bermula dari timur hingga ke barat.”. Maka Allah telah turunkan ayat 83-98 dari Surah Al-Kahfi sebagai jawapan kepada soalan tersebut.

Peristiwa ini secara tidak langsung memberitahu bahawa golongan Yahudi mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang Zulkarnain. Maka, apabila kita ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan tajuk ini, kita seharusnya mengkaji inskripsi-inskripsi Yahudi yang terdahulu serta membuat perbandingan antara Al-Quran, Taurat dan Injil untuk mendapatkan jawapannya.

Itulah yang dilakukan oleh penulis buku Yakjuj & Makjuj – Bencana di Sebalik Gunung. Buku ini merupakan tulisan kajian yang dilakukan oleh Pensyarah Universiti Brawijaya, Indonesia yang sedang mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban.

Kajian yang dilakukan telah membuktikan bahawa Zulkarnain dan Yakjuj Makjuj (Gog Magog) ada disebut didalam inskripsi Yahudi namun kedua-dua watak ini berasingan secara keseluruhan dan tidak pernah wujud sebarang kenyataan dalam mengaitkan kedua-duanya. Namun, apabila ayat 83-98 Surah Al-Kahfi diturunkan, Allah telah mengaitkan kedua-dua watak ini dalam satu cerita yang sezaman. Ini menyebabkan Yahudi Madinah tergamam dan mengakui kerasulan Nabi Muhammad SAW. Namun mereka tetap enggan untuk beriman.

Pengkajian tentang Zulkarnain dan Yakjuj Makjuk telah menemukan beberapa fakta yang mengejutkan. Fakta-fakta yang cuba disorok oleh sejarawan barat ini, telah menyangkal dakwaan barat yang mengatakan Yakjuj Makjuj itu adalah kaum muslimin yang akan menyerang Israel pada akhir zaman. Fakta ini dikupas dengan teliti oleh penulis sesuai dengan tulisan seorang bakal pemegang PhD. Walaupun sarat dengan perbincangan yang berat namun aku yakin buku ini akan menambahkan lagi ilmu kepada sesiapa yang membacanya. Sudi-sudilah membelinya di kedai buku yang berdekatan.

No Response to "Yakjuj & Makjuj - Bencana Di Sebalik Gunung"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...