Maka, hari ini dapatlah aku luangkan sedikit masa untuk hantar Hadi dan Hazwan ke sekolah. Dalam pada tuh, sempat jugak aku mintak kebenaran dari Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lukut untuk tangkap gambar dalam kawasan sekolah. Alhamdulillah, guru besar pun sempoi-sempoi ja. So hari ini, aku menulis blog sekadar nak masukkan gambar-gambar Hadi di sekolah dia. itu sahaja.
Setiap pagi akan ada sesi berkumpul di dataran selama 10 minit. Murid-murid dilarang masuk ke kelas walaupun datang awal ke sekolah.
Pagi tadi, ada pulak persembahan dari kelas darjah berapa ntah. Satu kelas kena nyanyi dalam 4 ke 5 lagu.
Hazwan punya tadika start 8.30 pagi. Itu yang boleh bawak Hazwan datang ke sekolah Hadi untuk tengok abang dia tuh. Kebetulan pulak ada nyanyi-nyanyi, syok la juan. Hehehehe.
Selesai perhimpunan, murid-murid pun mula la beredar ke kelas masing-masing
Muka malu-malu sebab nak masuk camera. Heheheheh
No Response to "Hari Wilayah 2012"
Post a Comment