Ketika aku diperkenalkan kepada syiah, aku sangat berlapang
dada untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentangnya. Kebetulan pula,
aku diberikan peluang untuk membaca buku-buku yang aku istilahkan sebagai,
buku-buku underground. Buku-buku ini tidak terdapat dalam mainstream market dan
dalam hal negara kita Malaysia, buku-buku ini hanya boleh didapati dari
orang-orang tertentu sahaja.
Aku selak setiap helaian buku yang dipinjam. Aku
mencari-cari dalam hutan cyber maklumat-maklumat tambahan kepada bacaan aku.
Aku beli buku-buku yang berkaitan secara online. Aku bertanyakan kepada
ustaz-ustaz dan orang-orang dari keturunan Syed. Semuanya aku lakukan kerana
aku berkeinginan untuk meneroka wilayah asing yang ‘gelap’ itu. Aku tak puas
sekadar membaca garapan penulis lain. Aku mahukan first hand information.
Lalu, apa yang aku dapat? Terus-terang aku katakan, aku rasa
pengkajian tentang syiah ini adalah satu perkara yang membuang masa. Pada
mulanya aku kehairanan apabila mendapati kurangnya hujah balas dari ahli sunnah
wal-jamaah terhadap persoalan-persoalan dari golongan syiah. Namun akhirnya aku
mengerti bahawa perdebatan dengan syiah hanyalah perkara sia-sia kerana banyak
hujah mereka adalah bersandarkan kepada kedustaan semata-mata. Justeru, tidak
hairanlah ulama’ dari golongan sunnah wal-jamaah tidak melayan perkara yang
sia-sia ini.
Kita ambil contoh yang agak mudah difahami dalam perkara
ini. Aku pernah menulis review berkenaan buku “Akhirnya, Ku Temui Kebenaran”
karangan Dr Ahmad Tijani. Tanpa aku sedari, buku tersebut rupa-rupanya telah berjaya men’syiah’kan banyak pelajar Malaysia di luar Negara. Buku berkenaan
telah pun mendapat perhatian penulis blog Saifulislam lebih awal dari aku. Ustaz
Hasrizal telah pun menulis sebuah review yang sangat baik berkenaan buku
tersebut dalam entrinya yang berjudul "Travelogue Kemazhaban Budak London". Dalam blognya juga, beliau telah memperkenalkan sebuah buku yang berjudul "Bal Dhalalta (Bahkan Engkau Sesat)" oleh Khalid Al-Asqalani yang menyediakan
hujah sebagai lawan kepada buku Dr Ahmad Tijani tersebut. Entry-entry Ustaz Hasrizal selepas
itu telah membicarakan tentang syiah secara umum.
Daripada penerangan Ustaz Hasizal dan juga hujah balas yang kita perolehi, dapat kita fahami bahawa sebenarnya syiah hanyalah bermain-main dengan emosi kita sewaktu mereka
berhujah. Yang mana aku dapati mereka ini sangat berlebih-lebihan dalam
perdebatan. Padahal, mereka sebenarnya mengambil fakta dari rujukan yang dusta
namun sedap dibaca.
Apabila kita menipu sekali, kita akan menipu seribu kali
untuk menutupi penipuan yang pertama. Itulah impression aku ketika aku mula menjumpai fakta-fakta yang tidak konsisten dalam ajaran syiah.
Apabila diteliti perdebatan mereka, semuanya berkisar hanya kepada satu perkara
sahaja iaitu kuasa politik dan bukannya hal agama seperti yang digembar-gemburkan. Jauh sekali mereka membawa pemikiran kita melayang
ke segenap pelusuk dunia dalam hujah mereka tapi hakikatnya bertemu kepada
perkara yang sama. Kemudian diulang lagi dan lagi dan lagi.
Image from baihaqi.net
Aku tidak mahu menyebut perkara-perkara aqidah yang telah diselewengkan mereka kerana kita dengan mudahnya dapat menjumpai semua perkara ini hanya dengan menggunakan google search. Aku lebih cenderung untuk mengetahui kenapa, bagaimana dan bila penyelewengan ini berlaku sehingga berleluasa. Bukan mudah untuk mencari titik persamaan kerana perbezaan antara syiah dan sunni amatlah besar. Sejarah mencatatkan bahawa golongan sunni lah yang sering menjadi mangsa apabila ada usaha untuk mempertemukan kedua-duanya.
Ada sebuah artikel yang telah menghuraikan permasalahan syiah ini dengan ringkas dan padat. Aku bercadang untuk memasukkannya dalam blog aku esok. Semoga kita lebih memahami masalah syiah ini agar tidak keliru dimasa hadapan. InsyaAllah....
No Response to "Ke Topik Seterusnya."
Post a Comment