Ada sekali time aku balik Alor Setar tahun lepas, Abah aku ada request supaya aku besarkan gambar lama dia jadi size 8R. Aku pun, ok ja la tanpa banyak cakap. Bukannya susah pun nak print out gambar 8R. Rupa-rupanya, dia bagi kat aku sekeping gambar berukuran passport yang memaparkan gambar dia lebih kurang 10 tahun dulu dan mintak aku transform kan gambar tuh jadi size 8R. Terkedu gak aku ketika menghadapi situasi tuh. Siap Abah aku kepilkan sekali gambar mak aku. Same request for 2 photos. Heheheh...tersedak aku...Tapi Alhamdulillah, Allah SWT bagi aku satu idea yang agak bernas jugak untuk achieve apa yang Abah aku request. Ended up, the result of that 8R photo is not bad at all.
So, balik ke Alor Setar time raya cina baru-baru nie, Abah aku request untuk print out satu lagi gambar lama menjadi size 8R. Berdasarkan pengalaman yang lalu, kali nie aku tak terus cakap ok. Aku sertai dengan soal selidik dahulu. Takut tak boleh buat ja. Apabila disoal dengan lebih terperinci lagi, Abah aku sebenarnya nak aku jadikan gambar Tok Wan dan Mak Tok yang asalnya size 3R menjadi 8R. Abah aku pun tunjuk la gambar tuh. To my suprise, Abah aku bagi gambar photostat hitam putih sahaja. Sesungguhnya aku sangat terkujat. Macam mana nak transform gambar photostat hitam putih bagi jadi 8R. Masak dah aku kali nie.
Terpaksalah aku trace balik gambar asalnya. Nasib baik gak jumpa tapi bukan kat rumah Abah aku la, kat rumah adik dia. Luckily Mak Teh just live nearby, around 15 minutes driving. So, inilah gambarnya.
Dari kiri : Tok Wan, Mak Tam, Pak Su, Pak Cik (yang budak kat tgh tuh) dan Mak Tok.
Dalam aku dok timbang-timbang macam mana nak buat gambar lama nie jadi cantik lagi, Abah aku update pulak request dia supaya hanya gambar Tok Wan dan Mak Tok sahaja yang ada dalam gambar. Gambar 3 orang kat tengah tuh takmau.
This is just an overview. Obviously this is not what Abah had in his mind
Setelah aku improvised dengan dua tiga jenis software, akhirnya aku dapat jugak merealisasikan harapan Abah tuh. Entah dia suka ataupun tidak aku pun tak tahu. Sebabnya, aku tak print out lagi dan aku tak tunjuk pun lagi soft copy nie kat dia. Ada la dua tiga tempat sikit dalam gambar tuh yang nampak lawak, tapi takpa la...kita proceed dulu. Anyway, aku pun amatur ja dalam photo editing nie.
Kena bincang dengan kedai gambar dulu, boleh achieve 8R ka atau kena kecik lagi
Begitulah ceritanya, makin lama makin tinggi plak technical requirement dari Abah aku nie. Risau jugak kalau-kalau aku tak dapat nak buat apa yang dia mintak tuh. Yelah, seboleh-bolehnya aku akan usahakan apa sahaja yang Abah aku mintak. Itu sahaja la yang aku mampu buat pun. Nak balik tiap-tiap bulan pun bukannya senang, the combination of distance and traveling cost is just too high to absorb. Tapi, kalau ada rezeki aku akan balik jugak, no hesitation pun. Anyway, lepas nie boleh la aku fikirkan nak jadi photo editor plak. Hehehe....best jugak idea tuh...
3 Response to Photo Editing
subhanallah! i am impressed! tahniah for this superb photo :-)
hehehe....mana ada superb...amatur tuh kan...anyway, mekasih tikah
boleh ajie...hang punya pasal, hang cakap ja apa pun...janji nasi arab sepinggan...hahahhaa
Post a Comment