Monday, August 6, 2012

Cantiknya tempat itu.

0
     Weekend baru-baru nie, kami sekeluarga sempat la melayan cerita Ketika Cinta Bertasbih bersama-sama. Jujurnya, aku sorang ja yang layan cerita tuh. Wife aku dok buat menda lain dan anak-anak aku pulak melantun-lantun dalam rumah seperti kebiasaan. Hehehehe..


     Untuk setengah jam yang pertama, aku tak faham langsung jalan cerita yang aku tonton nie. Sebabnya, Hadi tak berhenti-henti bercakap kat telinga aku tentang berbagai-bagai perkara. Banyak betul mulut dia sekarang nie. Terpaksalah layan jugak sebab siapa lagi nak layan anak kita kalau bukan ayahnya.

     Bila reda sikit cerita dari Hadi tuh, barulah aku dapat hayati jalan cerita Ketika Cinta Bertasbih nie. Bukanlah jalan ceritanya yang menyentuh hati aku. Aku sebenarnya lebih tersentuh dengan lokasi-lokasi pengambaran cerita tersebut.


     Sungguh cantik Universiti Al-Azhar dari pandangan mata aku. Berkali-kali aku menghela nafas panjang bila gambar-gambar Universiti Al-Azhar ditayangkan. Amatlah berutung orang-orang yang pernah dan sedang mengikuti pengajian di Al-Azhar. Sebuah universiti tua yang banyak melahirkan ilmuwan Islam yang terkemuka. Sungguh berkat dan sungguh bermakna.

     Untuk menjayakan filem itu juga, pelakon-pelakonnya diperlukan untuk berbicara dalam bahasa Arab. Apabila pelakon-pelakonnya berkomunikasi dengan orang-orang Arab tempatan, kebolehan mereka berkomunikasi amat mengagumkan. Sungguh lancar dan jelas sekali bahasa Arab yang dipertuturkan. Scene ketika di pasar, scene ketika polis Mesir menggeladah rumah-rumah pelajar Indonesia dan lain-lain lagi....semuanya berbicara dalam bahasa Arab. Cerita itu jadi sangat hidup. Tidak seperti filem Malaysia yang berlakon sehingga ke negara Arab tapi scene berbahasa Arabnya amatlah sedikit sekali. Aku bercita-cita agar aku juga mampu berbicara dalam bahasa Arab sebegitu lancar. Bahasa syurga dan bahasa Nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad SAW. Indahnya... 

     Aku rasa, ustaz-uztaz kita yang pernah belajar di sana pasti akan tersenyum bila menonton filem ini. Pastinya kenangan-kenangan lama ketika menjadi pelajar terhimbau dalam ingatan. Aku yang tak pernah ke sana nie pun, teringat jugak akan zaman belajar. Alangkah indahnya jika dulu aku memasuki jurusan agama dari awal lagi. Tak mustahil aku juga menjadi sebahagian dari lepasan Al-Azhar jikalau aku berusaha bersungguh-sungguh.

     Aku masih teringat akan satu detik "turning point" dalam hidup aku. Selepas UPSR, aku dapat banyak tawaran masuk ke sekolah-sekolah yang berprestij. Ada satu borang yang aku tak isi kerana di dalam borang itu, memerlukan aku menulis semula sejumlah ayat dari tulisan rumi ke tulisan jawi. Aku mengambil jalan mudah dan tidak melengkapkan langsung borang tersebut. Perkara yang aku ambil mudah, rupa-rupanya mempunyai implikasi yang sangat besar dalam hidup aku.

     Borang itu adalah borang kemasukkan ke Sekolah Menengah Agama Tunku Mahmud. Sebuah sekolah agama yang paling terkenal di negeri Kedah. Ayah aku merupakan bekas pelajar sekolah tersebut. Ayah aku memberikan kuasa mutlak untuk aku memilih sekolah menengah mana yang aku sukai. Ayah aku pula, memberikan sokongan penuh terhadap apa-apa sahaja pilihan aku. Aku akhirnya memilih untuk memasuki sekolah sekular terkenal iaitu, Kolej Sultan Abdul Hamid. Sekolah yang pernah melahirkan pelajar terbilang seperti Tun Dr. Mahathir Mohammad.

     Mungkin ada sedikit penyesalan dalam diri aku mengambil keputusan begitu. Keputusan itu menyebabkan aku tak dapat belajar agama secara mendalam dan sistematik sejak dari awal usia. Namun, aku bersyukur dengan apa yang aku ada hari ini. Menyesal bukanlah penyelesaian terbaik. Sebaiknya, aku perlu berusaha bersungguh-sungguh jikalau benar aku mahukan jalan agama ini. InsyaAllah.

       
      


No Response to "Cantiknya tempat itu."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...