Rupa-rupanya, Ustaz Hasrizal lebih dahulu mencatatkan semua itu dalam blognya. Catatan bertajuk Istiqamah Dalam "Positive Reinforcement" Kerana Allah seolah-olah menyamai apa yang aku rasa. Cuma lagi, Ustaz Hasrizal lebih matang dan berhikmah dalam menangani masalahnya.
Aku..?? aku lebih dungu dan mengikut nafsu. Kerana nafsu, aku akhirnya berkasar dengan anak-anak aku. Hasilnya..?? memang aku dapat suasana rumah yang senyap dan tenteram. Tapi sembahyang aku tak jugak khusyuk sepertimana yang aku mahu. Sebabnya, aku menjadi sangat bersalah pada anak-anak aku kerana berlaku kasar terhadap mereka. Aku merampas kebahagiaan mereka dengan cara yang tak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang lebih tua dan lebih berupaya untuk berfikir berbanding mereka. Sungguh aku malu...malau pada anak-anak aku sendiri. Ampunkanlah abah.....
nama pun budak-budak
bukanlah sesuatu yang pelik kalau depa nie kerjanya bermain
yang peliknya kalau tak main langsung
sepatutnya kita berhikmah. nak marah pun, marah dengan hikmah jugak
sebabnya...
kita tak pernah dengar Nabi kita mengasari anaknya
kalau kita nak berjaya....
ikutlah cara Nabi..
Nabi tak mengasari anak..
maka ikutlah cara dia..
ini gambar censored Husaini
dia sorang ja takdak jubah raya
tu laa..orang kecik memang la takdak saiz..hehehe
takpa ekk, nanti kita pakai baju lain..sian adik
No Response to "Mencari Istiqomah."
Post a Comment