1.) Sutera,
2.) Long Jin Cha (kalau translation dari aku maksudnya teh naga emas) dan
3.) Tasik Barat (West Lake) sahaja.
Tapi hari ini, banyak lagi tarikan lain telah diperkenalkan oleh kerajaan China untuk kesinambungan industri pelancongan di Hangzhou. Kami sekeluarga bermaksud untuk makan-makan angin selama 3 hari 2 malam kat sana.
Dalam pada masa yang sama, terasa sedih jugak dengan pemergian bulan Ramadhan yang diberkati. Ramadhan kali ini sangat-sangat berbeza dengan Ramadhan yang pernah aku lalui selama 33 tahun hidup aku. Inilah bulan Ramadhan yang sangat panas cuacanya bagi aku, dan aku rasa wife aku pasti setuju jugak. Namun, kami berpuasa jugak kerana banyak tazkirah yang kami jumpa mengingatkan kami rahsia dan kelebihan berpuasa di musim panas.
Puasa tahun ini juga sangat bermakna kerana wife aku adalah surirumah sepenuh masa. Indahnya dapat menikmati kreativiti wife aku dalam menyediakan sahur dan juadah berbuka. Subuh berjemaah bersama keluarga, Maghrib pun begitu juga. Sangat bermakna.
So, hari Sabtu ke Hangzhou dengan harapan menyambut hari raya aidilfitri di sana.
Naik D-Train. Cepat dan selesa.
Hafiz dah pandai buat muka depan camera
Beli tiket sorang satu, tapi nak duduk sekali jugak. Kosong ja seat sebelah
Husaini jugak yang rilek
Sampai kat Hangzhou within 1 hour or so.
Hadi cukup suka dengan aerodynamic design kat kepala D-Train nie.
Lepas check-in, terus berjalan kat Nan Song Yu Jie
Kawasan yang banyak ancient building.
Tempatnya cantik tapi kami dah keletihan untuk berjalan jauh lagi.
Which way should I go..??
Hadi, Hazwan dan Hafiz dah surrender awal lagi. Cuaca sangat panas. Nampak air itu sangat sedap.
Muka ceria sebab dapat berbuka awal. Kesian Hadi sebab letih.
Husaini posing.
Hari Sabtu yang sangat panas. Kami tak dapat nak meneruskan perjalanan lagi. Sudahnya, kami berpatah balik ke hotel dan mencari kedai muslim yang terdekat. Alhamdulillah, it just a walking distance from our hotel. Masuk ja dalam restoran, terasa sangatlah nyaman sebab dapat kena air-cond. MasyaAllah, sungguh panas cuaca di Hangzhou nie. Mungkin 38 atau 39 degree kot. Memang Hari terakhir Ramadhan yang sangat mencabar untuk kami sekeluarga.
Sewaktu berehat-rehat dalam bilik hotel selepas check-in tadi, aku agak terkejut sebab dengar bunyi bacaan Al-Quran yang agak kuat. Rupa-rupanya, hotel yang kami duduki tuh berada bersebelahan dengan Masjid Phoenix Hangzhou. Punyalah dekat hinggakan dapat tengok siapa yang keluar dan masuk ke masjid dari tingkap bilik kami.
Malam itu, selepas berbuka..aku bersiap-siap ke masjid untuk menunaikan solat Isya' berjemaah. Dapatlah bertemu dengan imam masjid dan imam berpesan untuk datang solat aidilfitri jam 8.30pagi hari Ahad. Sangatlah gembiranya aku dengan perkembangan terbaru nie. Tak sabar rasanya menempuh pengalaman baru bersembahyang raya di tempat orang. Sangat best.
Selepas solat Isya' berjemaah, kami berhajat untuk bersiar-siar di West Lake pula. Tapi entah macam mana tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Hari yang sangat panas tiba-tiba menjadi nyaman dengan kehadiran hujan yang lebat itu. Esok nak raya dan malam nie Allah telah turunkan rahmatnya bersama air hujan yang membawa kehidupan. Sungguh indah percaturan-Nya. InsyaAllah, hari esok kami berbondong-bondong ke masjid-Mu. InsyaAllah.
No Response to "Menjelang Syawal"
Post a Comment