Monday, August 27, 2012

Teksi di Hangzhou

0
     Hari nie nak mencatatkan sedikit pengalaman bersama teksi di Hangzhou. Sepatutnya, cerita pasal teksi di mana-mana kawasan sekali pun bukanlah menjadi topik utama kepada mana-mana individu, tapi bagi aku sekeluarga...teksi di Hangzhou nie memang lain sedikit.

     Sepanjang kami berada di Hangzhou, kami hanya menggunakan perkhidmatan teksi sebanyak 6 kali sahaja dan hanya sekali yang mana aku seorang sahaja yang menggunakan teksi.

     Sebelum melanjutkan penceritaan, aku ingin memberikan pujian/credit kepada keempat-empat anak-anak aku kerana sangat sporting dan sangat cool walaupun dalam keadaan cuaca panas dan keletihan. Hadi dan Hazwan banyak membantu menjaga adik-adik. Husaini dan Hafiz, sangat sporting kerana tak meragam langsung. Isteri aku pun cool jugak. Terima kasih keluargaku.

Disebabkan depa nie cool la, abah pun jadi cool jugak.

 Kalau tak, buang masa ja training sebulan dalam bulan puasa kalau kita tak pandai tahan marah.
Nasib baik Husaini good boy kan...hehehehe..

Teksi pertama:
     Lebih kepada teksi sapu kerana terlalu banyak orang berbaris di kawasan teksi bermeter.

     Mula-mula sekali, kami ditawarkan RM40 untuk ke hotel kami. Aku sangat keberatan kerana selama aku memahami peta Hangzhou melalui Google Maps, jarak hotel kami dan stesen keretapi sangatlah dekatnya. Tapi akhirnya kami akur dan perjanjiannya adalah RM30 ke hotel kami.

     Bermulah perjalanan didalam teksi sapu. 5 minit kemudian kami telah pun berada di depan hotel. Anggaran jarak perjalanan mungkin 3 kilometer sahaja atau kurang. Aku terlopong ketika membayar harga teksi kerana mahalnya tambang, tak sepadan jarak perjalanannya yang dekat.

Teksi kedua:
     Aku berseorangan kerana diwaktu pagi kerana mencari sarapan. Sambil tuh aku cuba untuk kenal-kenal dengan kawasan sekeliling. Jauh jugak aku berjalan kaki hingga sampai ke West Lake.

     Bila selesai membeli sarapan, aku mengambil teksi untuk pulang kerana nak balik cepat. Nanti 8.30 pagi dah nak sembahyang raya. Teksi yang aku ambil kali nie agak kalut sedikit orangnya. Walaupun di awal pagi dan kenderaan pun kurang, dia masih lagi memandu dengan agak laju. Ada sekali tuh, di melakukan emergency brake kat kawasan lampu isyarat. Habis tertumpah kopi yang aku beli.

     Bila sampai ke satu tempat nie, dia cakap hotel yang aku menginap tuh berada dibelakang bangunan tinggi nie. Dia kata dia susah nak pergi kat kawasan hotel tuh sebab ada jalan sehala, kena pusing jauh laa dan berbagai alasan yang aku pun tak paham sangat kerana dalam bahasa cina. Aku pun akur.

     Memang benar pun hotel aku berada dibelakang bangunan tinggi tersebut. Tapi aku kena berjalan kaki hampir satu kilometer lagi dari kawasan aku diturunkan. Hidup-hidup aku kena tipu untuk kesekian kalinya.

Teksi ketiga:
     Kami sekeluarga ingin keluar makan di West Lake. Ada beberapa teksi yang kami tahan namun tak sudi berhenti. Mungkin kerana jumlah keluarga kami yang ramai. Sebenarnya, itulah yang kami alami beberapa hari nie. Teksi tak sudi berhenti apabila melihat jumlah kami yang ramai.

     Kami mencari helah baru. Isteri dan 3 orang anak aku bersembunyi di kawasan berdekatan. Hanya aku dan 2 orang anak sahaja yang kelihatan pada pandangan pemandu teksi. Alhamdulillah, ada teksi yang berenti dan kami serbu beramai-ramai.

     Pemandu teksi memarahai kami. Aku paham kerana dia tak sudi ambil penumpang yang ramai tapi aku buat-buat tak paham. Sebenarnya, kami dihalau turun tetapi oleh kerana aku buat-buat tak paham dan tak nak turun, dia terpaksa jugak jalan. Sepanjang perjalanan tuh, mulut dia membebel tak berhenti-henti. Dia sangat kalut untuk menurunkan kami. Hinggakan untuk jarak 20 meter lagi pun dia tak sudi.

     Tak friendly langsung.

Teksi keempat:
     Kami berada di West Lake dan terpaksa balik kerana hari dah nak hujan sangat-sangat. Berpuluh teksi yang aku tahan dan lalu di hadapan kami tapi takdak yang nak berenti.

     Hinggalah ada satu teksi yang berenti kerana menurunkan penumpang, aku pun menerpa teksi teksi tersebut. Kami masuk serentak semua sekali.

     Destinasi telah pun dinyatakan, Tiada senyuman, tiada sapaan. Pemandu teksi meneruskan perjalanan. Yang aku peliknya, arah teksi kami bertentangan 180 darjah dengan arah hotel kami. Agak jauh berjalan, aku pun mengingatkan kembali pemandu teksi tersebut. Dia mengatakan yang dia tahu. Namun semakin lama, semakin kami berada jauh dari kawasan hotel kami.

     Aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Adakah pemandu teksi nie nak tipu kami. Aku pun sengaja active kan Google Maps aku kat handset. Aku biarkan pemandu teksi tuh nampak kerana aku rasa seperti nak kena tipu ja.

     Akhirnya pemandu teksi pun bersuara dan aku rasa berpura-pura untuk confirm kan destinasi aku. Dan memang benarlah kami dibawa jauh dari hotel kami kerana aku terpaksa bayar harga teksi lebih 2 kali ganda harga yang aku datang tadi.

     Aku salah cakap ka? Ntah laa...aku confident dengan Chinese pronunciation aku sekarang nie. Pelik betul

Teksi kelima:
     Kami letih berjalan dalam panas tengahari. Seperti biasa, wife aku bersembunyi dan hanya menampakkan aku sahaja dipandangan mata pemandu teksi. Apabila naik, pemandu teksi marah-marah kerana jumlah kami yang ramai. Aku mempraktikkan skill buat-buat tak paham aku. Tapi pemandu teksi kali ini keras kepala dan terus-terusan menghalau kami keluar teksi.

     Akhirnya kami keluar jugak dari teksi tersebut. Family dengan 4 orang anak kecil dihalau keluar dari teksi di bandar pelancongan Hangzhou, China. Memang terbaekk...

Teksi keenam:
     Kami mencuba nasib sekali lagi apabila dihalau tadi kerana nak-tak nak, kami kena juga balik ke hotel. Mujur ada satu teksi yang berenti. Kali ini aku sebutkan semua landmark berdekatan dengan hotel aku agar pemandu teksi nie tak memusing kat tempat lain pulak.

     Rupa-rupanya sangatlah dekat hotel kami tuh. 2 minit sahaja kot dan hanya dipisahkan oleh satu simpang sahaja. Punyalah dekat pun, ada jugak teksi yang sanggup halau kami. Pelik

     Pun begitu, pemandu teksi tersebut tidak ada senyum, tidak ada sapaan dan tidak ada perasaan. Sangat tak friendly.

Teksi ketujuh:
     Aku nak kena balik ke Jinhua dan kami perlu pergi ke stesen bas selatan, Hangzhou untuk pulang. Aku dah pun bersedia untuk bergaduh dengan pemandu teksi mana-mana sekalipun sekarang nie.

     Selepas 2-3 buah teksi yang berenti dan enggan mengambil kami, akhirnya ada sebuah teksi jugak yang berenti. Kami naik. Wajah aku serius ketika menyatakan destinasi aku. Aku bersedia untuk dibebel lagi.

     Rupa-rupanya pemandu teksi ini sangat lain. Teksi terakhir ini penuh dengan senyuman dan sapaan mesra. Aku terasa seperti berada di Jinhua. Sangat ramah dan sangat memahami.

     Dalam pada aku hampir-hampir membuat kesimpulan bahawa teksi-teksi di Hangzhou ini 100% teruk, aku diketemukan dengan pemandu teksi terakhir yang sangat baik sekali. Persepsi aku jadi berubah. Aku mungkin memberikan 80% teksi Hangzhou adalah teruk sahaja. Kurang sikit kerana teksi yang terakhir nie bagus.

     Menyesal pulak tak amik nombor telefon.

Kesimpulan
     Teksi di Hangzhou memang tak friendly dan kurang membantu. Tapi tak semua begitu kerana ada juga yang baik hati dan berperikemanusiaan. Jikalau anda ingin ke Hangzhou lain kali, persiapkanlah diri anda dengan pengetahuan tentang bas-bas awam yang lebih efisien dan mudah di sini.

     Pengalaman pasal teksi Hangzhou nie telah pun seminggu berlalu. Bagus jugak begitu. Kalau Aku menulis blog nie seminggu yang lalu, pastinya penuh dengan sumpah seranah dan perkataan negatif sahaja berkenaan teksi Hangzhou...

     Hmmmm....Hangzhou..Hangzhou...
   

No Response to "Teksi di Hangzhou"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...