Thursday, August 2, 2012

Sembang-sembang sahaja

0
Maskot Olimpik 2012 sumber dari dailymail.co.uk

     Mahkluk khayalan bermata satu yang menjadi maskot sukan olimpik 2012 nie sedikit mengganggu kehidupan aku. Wenlock untuk sukan olimpik dan Mandeville untuk paralimpik. Kedua-duanya bermata satu yang diandaikan sebagai kamera yang mencatatkan segalanya. 

     Memang sesetengah orang barat sangat menyukai makhluk bermata satu. Dalam cerita Lord of the Ring pun ada jugak. Mata satu yang melihat segala-galanya dari barat hinggalah ke timur. Aku tak mempunyai banyak kesimpulan yang lain melainkan ini semua adalah strategi golongan freemason menyebarkan pengaruh mereka. 

     Pada kita sebagai umat Islam, kita takut kiranya bertemu dengan lelaki bermata satu kerana itu merupakan manusia Dajjal yang pernah digambarkan oleh Nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad SAW. Namun bagi golongan kafir pula, mereka sebenarnya sedang menyediakan bumi ini untuk kehadiran Dajjal. Apabila kita sudah lali dengan segala macam makhluk bermata satu, makanya apabila Dajjal yang muncul dengan mata satu nanti tidak lagi menjadi sesuatu yang pelik untuk kita semua. Pada ketika itu, mungkin kita menerima kehadiran Dajjal sebagai perkara biasa sahaja tanpa memikirkan dunia bakal kiamat.

Ini adalah Mitt Romney ketika berucap di Israel 3 hari lalu. Link
     
     Mitt Romney adalah calon Republikan yang mahu bertanding untuk jawatan Presiden Amerika menggantikan Barrack Obama. Barrack Obama mendapat beberapa kecaman dari Israel kerana kurang memberikan perhatian ke atas isu nuklear Iran. Jadinya, kehadiran Mitt Romney ke Israel adalah untuk "menangguk di air yang keruh" dalam usaha mencari sumber kewangan dan sokongan Israel untuk kempen presiden beliau. Dalam kenyataan beliau di Israel, banyak memberikan gambaran yang salah berkenaan isu Palestin dan sangat berat sebelah. Sekaligus menggambarkan kecetekan pengalaman dan pengetahuan dalam isu politik dunia. London juga dikatakan agak terkedu dengan kenyattan Mitt Romney yang seolah-olah mempersoalkan kesediaan London untuk menghadapi Olimpik 2012. 

     US adalah kuasa dunia sekarang ini. Tulang belakang US adalah Israel dan US hanyalah boneka. Dalam perkembangan terbaru yang membabitkan kekurangan perhatian Barrack Obama terhadap isu nuklear Iran, Benjamin Nentanyahu (Perdana Menteri Israel) telah memberikan bayangan bahawa Israel mungkin akan bertindak sendiri bagi menyelesaikan masalah mereka dan Iran. Pemerintahan dunia sedang beralih pusat kekuasaannya ke Israel.

     Kali ini makin jelas trend yang berlaku. Suatu masa dahulu, London adalah kuasa dunia dan Israel adalah tulang belakang London. Beberapa tahun kebelakangan ini pula, US pula merupakan kuasa dunia dan Israel juga adalah tulang belakang perkara ini. Di dalam ramalan kitab Yahudi ada menyatakan bahawa mereka akan memerintah seluruh dunia dari satu tempat dan tempat itu adalah di Palestin ataupun lebih mereka kenali sebagai Israel. Ramalan itu menjadi semakin hampir. Dengan itu, kedatangan Dajjal juga semakin hampir. 

     Dajjal juga menyandang gelaran Al-Masih seperti gelaran Nabi Isa AS. Jika Nabi Isa memberikan petunjuk ke jalan yang benar maka Dajjal Al-Masih pula memberikan petunjuk ke arah jalan yang salah dalam sekelip mata sahaja. Soalannya sekarang, mampukah kita menghadapi Dajjal jika kita bertemu dengannya? Apakah pula yang akan terjadi terhadap orang-orang yang kita sayangi. Anak, isteri, suami, ayah, ibu dan sebagainya? Semoga setiap kita mendapat perlindungan-Nya. Pohonlah pada-Nya dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga makhbul, semoga didengar, semoga ditetapkan iman....

No Response to "Sembang-sembang sahaja"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...