Tuesday, November 13, 2012

Balik kampung

0
     Memang minggu nie minggu orang sedang bercuti. Cuti Deepavali dan cuti Maal Hijrah yang selang sehari, menjadi sasaran setiap pekerja untuk bercuti panjang. Dengan tambahan cuti tahunan selama 2 hari sahaja, seseorang tuh boleh dapat cuti direct seminggu. Siapa yang tak mahu kan..?

     Aku yang baru masuk kerja nie pun tak nak melepaskan peluang keemasan nie. Walaupun biodata aku masih lagi belum update dalam sistem Proton, aku dengan selambanya memohon cuti kat bos baru aku menggunakan borang cuti manual. Ingatkan dapat jugak cuti hari Rabu dan hari Jumaat, rupa-rupanya hanya dapat hari Rabu sahaja. Alasan dari bos baru aku, sebab takmau office takdak orang. So, aku diamanahkan untuk jaga kedai.

     Sudahnya, hari Selasa pagi kami sekeluarga beramai-ramai menghala ke Besut. Alhamdulillah, cuaca pun baik, memang hari yang baik untuk sebuah perjalanan jauh.

heading towards Besut.....

No Response to "Balik kampung"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...