Tuesday, November 6, 2012

Misi ke Hangzhou

0
     Minggu lepas, kami sekeluarga ke Hangzhou lagi. Walaupun kami semua maklum dengan masalah teksi kat sana, kami tetap nekad jugak untuk pergi memandangkan mungkin inilah kali terakhir kami datang ke Hangzhou lagi

     Aku sebenarnya tak plan sangat untuk bercuti kali ini kerana asyik memikirkan barang-barang yang hendak di 'shipping' kan ke Malaysia. Alhamdulillah, hal shipping berlangsung dengan lancar sekali. Setakat ini, takdak lagi tanda-tanda yang mencurigakan. Harap-harap, barang kami kali ini tidak mengalamai masalah seperti barang-barang yang kami pos pertama kali dahulu.

     Senang sungguh kalau nak ke Hangzhou dari Jinhua nie. Banyak sangat alternatif pengangkutan awam yang tersedia. Daripada keretapi biasa, keretapi laju, bas ekspress, teksi sapu dan macam-macam lagi kenderaan yang boleh kita pilih mengikut kesesuaian. Aku lebih suka naik keretapi laju sebab cepat dan bersih. Disebabkan banyak jenis keretapi ke Hangzhou, memilih keretapi laju ke Hangzhou pun boleh memeningkan kepala. Aku sendiri tersilap pilih train kali ini apabila dapat keretapi laju tetapi ada katil pulak.

Punyalah besar satu bilik. Boleh muat 4 katil dewasa

Laluan ke bilik pun luas. Mudah untuk menggerakkan beg.

Mama, Husaini dan Hafiz duduk kat bilik sebelah

     Lewat jugak aku plan percutian nie. Tiket pun beli last minutes. Akhirnya, kami terpisah dan tak duduk sekali. Tapi mujur jugak cuma duduk dibilik yang bersebelahan sahaja. Anak-anak aku pulak, bila tahu yang maknya ada kat bilik sebelah, tak lekatlah dalam bilik. Asyik ulang-alik dari satu bilik ke bilik yang lain. Last sekali, semua pakat main kat luar bilik sahaja.

     Bila dah keluar dari bilik, maka jadi glamer la kami. Satu koc keretapi tuh akhirnya tahu yang kami ada 4 anak. Habis semua orang datang melawat bilik kami nak tengok orang Malaysia ada 4 orang anak lelaki. Huh...glamer giler.

Kejap ja duduk dalam bilik. Lepas tuh main kat luar ja.

     Sampai kat stesen keretapi Hangzhou, seperti biasa kami akan didekati oleh 'ulat-ulat' yang menawarkan harga 'terbaik' untuk ke hotel kami yang konon-kononya jauh itu. Kali ini aku nampak riak muka 'ulat-ulat' ini seperti muka orang kantoi kerana aku dapat jelaskan jarak sebenar perjalanan ke hotel kami dan dalam bahasa cina pulak tuh. Akhirnya kami dapat jugaklah harga yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Antara faktor penyumbang kepada keputusan tersebut adalah kerana kami ada pengalaman dengan teksi tempatan yang kurang sopan dengan penumpang yang ada anak ramai. Daripada bergaduh dengan pemandu teksi, baik naik ja teksi sapu untuk permulaan ini.

Makan malam kat pizza sahaja. Pizza seafood.

Kuat makan Hazwan nie. Selalunya tak cukup sepinggan.

     Hmmm...tulis sikit-sikit dahulu. Nanti sambung lagi.

No Response to "Misi ke Hangzhou"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...