Thursday, November 8, 2012

Perjalanan diteruskan

0
     Kali nie jalan-jalan kat West Lake pulak. Selepas makan tengahari yang sedap kat Omar Cafe (muslim indian kot) yang menawarkan makanan halal, kami rasa sangat bersemangat untuk jalan-jalan lagi. Tak payah jauh-jauh...pusing West Lake saja pun dah cukup memenatkan. Mula-mula sahaja berjalan kaki, akhirnya kami terpaksa mencari jugak buggy car yang memang sedia banyak disepanjang laluan mengelilingi West Lake.

Pamandangan dari Omar Cafe yang mengadap West Lake

Husaini kalau boleh berjalan, tak sempat nak kejar

Sejuk, tapi still lasak

Besar sungguh West Lake nie. Kawasan yang pernah jadi
istana hinggap maharaja China diwaktu musim sejuk

Bila sejuk, orang pun tak ramai, Privacy sket

     Kami dapat naik buggy car mengelilingi tasik yang disediakan untuk pelancong. Walaupun naik buggy car, untuk mengelilingi tasik sahaja dah lebih dari sejam. Sepanjang perjalanan tuh, Husaini tertidur dengan nyenyaknya. Kena angin sejuk agaknya, sampai dah turun pun tetap lagi tidur. Hahahaha..

     Malam pulak, kami dapat tengok pancutan air berirama. Ramai betul orang datang menyaksikan pemandangan tersebut. Ada dua tiga jenis persembahan air yang berlainan. Wife aku ada merakamkan persembahan tersebut. InsyaAllah, aku akan upload kan ke dalam youtube sedikit hari lagi. Aku rasa Putrajaya juga boleh meniru antara salah satu pertunjukan ini kerana sangat menarik. Mungkin kerajaan kita boleh memikirkan perkara ini di masa hadapan.

Berbagai-bagai warna persembahan air.

 Ini persembahan yang ke-2 dan agak rumit sikit. Persembahan yang pertama lebih simple kerana hanya meibatkan gerimis air dan cahaya laser. Persembahan yang lebih murah dan lebih efisien.

Kami repeat balik ayam tandoori kat Omar Cafe

Ada tanda halal China dan pilihan pedas yang berbeza. Roti canai sekeping = RM10

No Response to "Perjalanan diteruskan"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...