Monday, November 12, 2012

First day in Proton

0
     DRB dah take-over Proton apabila majoriti saham Proton adalah milik DRB sekarang. Projek di China diarahkan berhenti dan staf-staf Lotus Engineering Malaysia akan diserap masuk ke dalam Proton.

     Sejak DRB mengambil-alih tampuk pemerintahan, kami tidak lagi menerima sebarang berita berkaitan syarikat kami secara terus. Setiap berita yang datang, sama ada sudah pun lapuk ataupun dirahsiakan sahaja daripada kami. Arahan untuk menyerapkan kami ke dalam Proton, berlaku sangat pantas dan tanpa kompromi.

     Hari Isnin aku dah pun melaporkan diri sebagai staff Proton. Sudah lima tahun aku melupakan hasrat untuk bertukar kerja, tapi perangcangan Allah jualah yang lebih bijaksana. Hari ini, aku terasa seperti fresh graduate. Pakai kameja, pakai tie, buat kad baru, isi borang, induction bersama HR dan berbagai lagi. Mujur ada rakan-rakan seperjuangan yang senasib dengan aku. Kalau tidak, boleh mati kutu dibuatnya.

Masing-masing muka letih.

Imej baru.
   
     Kalau di Lotus, kami bebas untuk berpakaian apa sahaja asalkan kemas dan tidak keterlaluan. Cuma apabila ada acara atau lawatan tertentu sahaja yang menyaksikan kami kemas berpakaian korporat seperti professional yang lain. Pada hari-hari biasa, majikan kami hanya mementingkan output kerja sahaja.

     Hari ini, hari baru. Hari ini aku adalah pekerja baru di Proton. Orang-orang Proton juga, sudah tahu kelebihan staf-staf Lotus Engineering Malaysia. Mereka juga sudah maklum yang kami mengetahui dengan jelas selok-belok kerja di Proton. Kami disambut dengan sambutan yang hangat dari rakan-rakan yang masih mengenali kami dan jugak dari rakan-rakan yang baru kami kenali. Harus hormati Proton kerana merekalah pioneer kepada industri automotif negara ini.

     Bos aku adalah Encik Halil Tukiran. Mula bekerja dengan Proton seawal tahun 1990. Kawan yang duduk di sebelah aku pula adalah Encik Zainal. Dia mula bekerja dengan Proton seawal tahun 1985. Siapa aku kalau nak dibandingkan dengan pengalaman mereka?

No Response to "First day in Proton"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...