Saturday, November 10, 2012

Hari yang sejuk

0
     Kesian pulak bebudak nie bila sampai musim sejuk. Nak ajak keluar pun, sejuk sangat. Kadang-kadang tuh, siap hujan lagi sepanjang hari, Nak ajak jalan-jalan kat shopping complex pun, dah muak sangat la pulak dengan shopping complex. Sudahnya, bermalas-malasan sahaja dalam rumah.

Paling kesian sekali budak nie la. 
Dah jadi gebu pulak pakai baju tebal-tebal...hahahaha

Main game je la aktiviti seharian. Abah pun join sama. Puas main game, tengok movie pulak. 

Time sejuk nie, senang sangat rasa lapar. Rasa nak makan ja sepanjang masa. Tapi tak gemuk pulak

Basikal pun dah tak boleh naik lagi dah. Sejuk sangat kat luar. Lagi pun dah nak balik Malaysia. Baik bungkuskan sahaja.

Dengan bantuan dari si kecik yang professional, InsyaAllah kerja akan jadi lebih mudah. Amin.. 
     

No Response to "Hari yang sejuk"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...