Keretapi ini boleh bergerak mencecah 380km/j. Sewaktu mula beroperasi pada tahun 2011, kerajaan China menetapkan kelajuan maksimum keretapi ini adalah 350km/j sahaja. Namun disebabkan kemalangan yang pernah berlaku pada Julai 2011, had kelajuan ini dikurangkan lagi sehingga 300km/j sahaja. Dalam pada masa yang sama, tambang juga dikurangkan 5% dari harga asalnya.
Kengkadang, terlajak jugak sampai 306km/j
Ada 'pramugari' macam dalam kapal terbang
Husaini......kena air-cond ja, mesti tidoq
Meraikan anak-anak yang suka sangat naik keretapi
Bila sebut Shanghai, mesti takkan terpisah dengan Nanjing Road ataupun lebih dikenali sebagai Nanjing Lu oleh penduduk tempatan. Tempat nie meriah dengan deretan kedai-kedai berwarna-warni dan berbagai-jenis produk. Ada kedai barangan tiruan grade A, ada yang kedai barangan antarabangsa yang kita tak jumpa di Malaysia, ada ulat-ulat yang mencari mangsa dan bermacam-macam lagi. Ulat-ulat kat sini pun memang tak berselindung kalau nak menawarkan sesuatu barangan. Semua benda akan dia offer kat kita asalkan dia dapat bisnes.
Naik buggy car jugak last sekali. Panjang sungguh Nanjing Road nie.
Macam Petaling Street la tapi lebih teratur dan bertamadun.
Rehat sekejap.
Tapi kat Nanjing Road nie banyak barang-barang original la. Namun ada jugak kedai yang jual barang original kat depan, tapi kat belakang kedai ada simpan barangan tiruan grade A punya. Cuma lagi, kita tidak diberi kebebasan untuk memilih la kerana barang tersebut tersorok di belakang kedai.
Hari berikutnya, aku bawak wife aku jalan-jalan kat kawasan Shanghai Science and Technology Museum. Di permukaan atas tuh memang la ada Museum Science seperti namanya sendiri, tapi bila kat bawah tanah pulak, memang terdapat banyak sungguh kedai barang-barang tiruan. Semuanya cantik-cantik dan kalau kita jenis yang datang tanpa ada perancangan, ditakuti kita akan terbeli semua benda yang kita lihat kerana memang banyak produk kat sini yang menarik hati. Kalau sesiapa berhajat nak datang sini, berusahalah untuk tawar-menawar kepada harga yang paling rendah kerana harga permulaan dan harga tawar-menawar amatlah besar jurangnya. Asalkan kita berusaha dan sabar, InsyaAllah kita akan dapat harga yang paling baik.
Pernah sekali aku berminat untuk membeli talipinggang disebuah kedai di sini. Harga asal yang disebut adalah RMB200 untuk seutas talipinggang. Tapi harga setelah ditawar adalah, RMB35 sahaja. Begitulah jugak kepada semua barang-barangan di sini. Jika kita kering hati untuk menerima kutukan, InsyaAllah kita akan dapat harga yang murah dan memuaskan.
Tersesat sekejap. Posing dulu sebelum tengok peta.
Kat atas memang muzium tapi kat bawah....kedai lain la plak
Sempat tangkap gambar kat atas sahaja. Bila tengah shopping, tak ingat camera dah.
Nie apa cerita nie..?
Pagi esoknya kami repeat balik ke Shanghai Science Museum. Tak puas hati sebab beli sikit sangat. Pagi lagi dah bangun. hehehehe..
Pemandangan dari tingkap hotel
Satu lagi tarikan Shanghai adalah Shanghai Oriental TV Tower. Menara nie lebih tinggi lagi daripada menara Kuala Lumpur. Kami naik dalam jam 4.30ptg sebab nak tunggu sunset jam 5.00ptg. Tapi entahlah, tak berapa cantik sangat gambar sunset sebab Shanghai macam berjerebu sangat.
Sebelum naik
Rezeki budak-budak nie dapat jalan-jalan kat Shanghai
Pemandangan Jinmao Tower dan Shanghai World Financial Center.
Lama jugak kami duduk kat atas sehinggalah hari jadi pekat dengan malam. Bila nak turun tuh, kami kena turun setingkat untuk naik lif yang ada kat tingkat bawah. Rupa-rupanya tingkat bawah punya pemandangan tak kurang cantiknya dari tingkat atas. Ada unjuran pada lantai menara yang dibina dari cermin lutsinar. MasyaAllah, tingginya...Terus-terang cakap, memang aku gayat sangat bila tengok ke bawah. Tapi yang best tuh, Husaini selamba dia ja merangkak-rangkak atas kaca tuh sambil buat macam-macam aksi lain. Aku dan wife aku berjaya jugak bergambar atas unjuran kaca tuh setelah lama jugak la kami berdua mengumpul semangat.
Anak-anak selamba ja. Mak ngan abah plak yang takut.
Posing istimewa dari Hadi, Hazwan dan Hafiz.
Pemandangan mengadap The Bund, Shanghai.
3 hari jugak kami berada kat Shanghai. Nak jalan lama-lama pun, kesian pulak kat bebudak 4 orang tuh. Pastu pulak, baju pun tak bawak banyak sebab kami pun cuma guna public transportation sahaja.
Sehari sebelum ke Shanghai sehinggalah hari kami balik, tak putus-putus berita dalam tv menyampaikan berita terkini berkenaan salji di Beijing. Yang boleh jadi gemparnya kerana pada tahun sudah, salji pertama turun pada bulan Januari. Tapi tahun ini, salji dah mula turun bulan November lagi. Banyak kenderaan sangkut kat lebihraya kerana salji tebal. Bas-bas juga tak dapat meneruskan perjalanan dan menyebabkan ratusan penumpang terkandas dalam salji berjam-jam.
Nasib baik jugak aku dan keluarga tak pergi ke Beijing. Kalaulah tersangkut dalam gelap dan sejuk tanpa makanan bersama anak-anak aku, memang aku tak dapat nak bayangkan.....Syukur Alhamdulillah diatas perancangan-Nya yang sempurna. Percutian kami kali ini menjadi percutian keluarga yang sangat menyeronokkan. Alhamdulillah.
No Response to "Misi ke Shanghai"
Post a Comment