Alhamdulillah, memang rezeki betul kali ini. Kalau sebut percutian kami yang terdahulu kat Hangzhou, perkhidmatan teksinya adalah yang paling menyedihkan. Tapi kali ini sangat berlainan. Dari mula sampai sehinggalah nak balik, tak satu teksi pun yang ada masalah membawa keluarga besar seperti kamii dalam satu teksi. Memang pusingan 180 darjah, sehinggakan aku buat satu entry bertajuk Teksi di Hangzhou semata-mata ingin berkongsi pengalaman pahit kami di sana, tapi kali ini tidak lagi. Hairan aku...pelik pun ada. Entahlah, memang dah rezeki anak-anak kot.
Anyway, Botanical Garden kat Hangzhou memang besar. Tak habis pun kami pusing taman bunga tuh. Entah di mana hujung, di mana pangkal pun kami tak tahu. Sedar-sedar ada Pintu Utara, Pintu Selatan, Pintu Barat dan Pintu timur. Kami pun pakai belasah sahaja. Nak baca instruction, habis semunya dalam bahasa cina. Sudahnya ikut kepala kami sendiri sahaja.
Shot daripada Hadi. Hazwan pun dah mula gatal tangan nak pegang camera dah.
Silap duduk jerk, kena beli teh harga RM40
Selain dari bunga-bunga yang cantik, Husaini juga menjadi tarikan utama kat Botanical Garden nie.
Local sedang bergambar dengan Husaini
Ramai kan.?? hehehe
Malam tuh, sempat berjumpa dengan sahabat lama. Walaupun kami sama-sama orang Malaysia, tapi kami hanya bertemu di negara China sahaja. Encik Mohsin dan keluarga dengan murah hatinya sudi untuk belanja kami makan malam yang sedap kat Hangzhou. Terima kasih Encik Mohsin, terima kasih Kak Zita.
Anak-anak Encik Mohsin.
Dua keluarga bertemu di Hangzhou.
Seronok rasanya bila kita dapat melawat dan bertemu dengan orang yang kita kenal. Apatah lagi kalau pertemuan tuh berlaku kat luar dari negara kita. Rasa seperti sireh pulang ke gagang. Hehehe, bermadah la pulak aku nie. Semoga persahabatan ini berkekalan selamanya. Amin...
No Response to "Botanical Garden"
Post a Comment