Saturday, November 10, 2012

Last day in Jinhua

0
     Hari nie adalah hari terakhir kami kat Jinhua. Rasa tak sabar nak balik ke Malaysia tapi dalam masa yang sama, rasa sedih jugak nak tinggalkan Jinhua. Banyak pengalaman berharga yang aku kutip sepanjang berada di sini. Mungkin aku akan kongsikan dalam entry yang lain dimasa hadapan, InsyaAllah.

     Waktu-waktu terkahir dalam mana-mana situasi pun adalah waktu yang paling sibuk sekali. Walaupun kami sekeluarga dah mula packing barang seawal dua hari dari tarikh penerbangan, kami masih lagi kelam-kabut pada hari terakhir ini. Sudahnya, banyak jugak barang-barang yang terpaksa ditinggalkan kerana tak muat nak masuk beg/kotak. Kesian kat Hazwan sebab senapang mainan dia yang cantik tuh terpaksa kami korbankan. Mujur jugak Hazwan tuh sporting. Mudah kami meneruskan urusan kami. Moga mudah kehidupan Hazwan dimasa hadapan nanti. Amin..

Serabut. 30 minit sebelum keluar rumah.

     Alhamdulillah, kami tiba di airport Hangzhou agak awal. Bila tengok kaunter check in takdak orang, kami pun parking beg kami kat depan-depan kaunter. Alhamdulillah, walaupun kaunter bukak lambat, tapi matlamat kami untuk check in beg paling awal tercapai.

Hafiz dan Husaini jadi guard untuk jaga beg.

Nasib baik jugak nak duduk diam bila letak atas beg.

Hafiz yang malu-malu kucing..hehehe


     Perkara yang paling mustahak dah pun selesai. Sekarang nie, kami nak mengisi perut kami pulak. Kesejukan di Hangzhou, memang menyebabkan perut terasa lapar dengan cepat. Mujur ada KFC yang jual burger udang. Belasah je la. Hadi pun suka makan burger udang. Hafiz, Hazwan dan Husaini hanya makan kentang dan roti sahaja.

Kenangan terakhir di negara China.

     Kapalterbang berlepas jam 11.20malam dan tiba di Kuala Lumpur jam 4.20pagi seperti yang dijadualkan. Sesampai sahaja di airport, teksi yang kami tempah malam sebelumnya, sudah pun menunggu kami. Sangat mudah untuk memuatkan semua barangan kami ke dalam van yang mampu memuatkan 8 orang penumpang tuh. Segalanya berjalan lancar.

     Rumah kami juga bersih dari habuk. Terima kasih kepada kat Ita, jiran kami yang sangat perihatin dengan masalah kami. Pagi ahad hari itu tidaklah sesejuk Jinhua tapi, langit biru dan matahari yang cemerlang...memang sangat cantik dan anggun sekali untuk memulakan hari baru. Alhamdulillah, seronoknya dapat pulang ke sarang.

No Response to "Last day in Jinhua"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...